campro

SNF 2012-3 : Camprochase

Salam berjumpa kita lagi. Dalam beberapa minggu sahaja lagi SNF pusingan ketiga bakal berlangsung. Bagi wargakerja SNF kami semuanya sudah tidak sabar menunggu kehadiran hero – hero SNF.

Camprochase sememangnya khas buat pemilik Proton Satria Neo, Gen2, Persona, Waja dan Saga. Melihat potensi yang mampu diperah dengan semaksimum mungkin oleh enjin Campro ini membuatkan enjin ini layak mendapat kategorinya sendiri.

Ramai hero-hero yang hebat telah lahir dalam kategori ini. Namun mencuri perhatian apabila kategori ini turut mendapat perhatian daripada pelumba profesional negara iaitu Syafiq Ali. Dengar khabar beliau turut menyertai SNF kerana teruja dengan perlumbaan malam dan melihat kepantasan atau skil para peserta yang berada dalam kategori ini. Malah ianya turut disertai oleh pelumba wanita iaitu Diyana Khairil (buat mat-mat Campro di luar tu, awek pun racing takkan lu orang dok diam je hahaha)

Jika melihat kepantasan catatan masa yang dimiliki oleh kategori ini 1m23s, kami yakin 1m22s bakal menjadi catatan baru untuk kategori ini.

KUATKAN SPEAKER ANDA DAN DENGAR GEAR RATIO YANG DIUBAHSUAI DARIPADA JENTERA CAMPRO!!

Sumber video : Desmond Yee

Bilakah SNF pusingan 3 akan berlangsung?

7 April 2012 , di LITAR SEPANG!

6 comments on “SNF 2012-3 : Camprochase

  1. hai en.sutan…sy teringin sangat nak fight ngan en.sutan dlm kategori ni…bila nak join race ni…tak kan nak jadi mc snf je…. klau bersedia…call sy…kita tgk sapa champion..he..he..jgn marah ya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree