safety-first

Sembang – sembang SNF : Safety!


Hari ini mari kita bersembang mengenai keselamatan atau safety. Perkataan safety merupakan perkataan bagi kebanyakkan manusia yang sangat tidak digemari. Safety bagi mereka merupakan satu perkara yang sangat menyusahkan. Malah ada yang mengatakan safety ini punca kepada pembaziran kepada sesuatu syarikat ataupun individu.

Dalam dunia motorsports safety merupakan perkara yang sangat – sangat penting. Pelbagai proses penambah-baikkan dilaksanakan hanya semata – mata mahu memastikan tahap kecederaan yang boleh berlaku ketika pelanggaran sangat minimum dan kalau boleh tiada yang terkorban (tapi siapa kita mahu melawan takdir Tuhan). Apabila pelbagai kaedah dilaksanakan maka sudah pasti kos sebelum kita berlumba semakin tinggi dan ini akan mengurangkan minat orang ramai untuk berlumba. SNF muncul dengan taraf Club-Level. Muncul dengan satu corak perlumbaan yang bersifat kos rendah. Ya, mungkin pada awalnya ramai membantah apabila roll-cage diperkenalkan. Tapi apabila diterangkan kenapa pentingnya roll-cage maka ramai diantara mereka yang pada mulanya membantah sudah mula menyertai SNF. Buktinya? Jika dahulu 50-60 jentera, hari ini kita sudah mencecah hampir 100 buah jentera dan lebih 100 orang peserta.

Kami bukannya penganjur yang tamak haloba dengan mahu mengaut keuntungan semaksimum mungkin, dengan mengabaikan aspek keselamatan baik para peserta mahupun para hadirin. Sebab itu kenapa kami mengeluarkan peraturan (sebagai contoh) agar para peserta apabila melalui Pit Lane wajib memandu pada kelajuan 20km/h sahaja. Kenapa? Jika anda memandu laju dan secara tiba – tiba ada seorang penonton melintas di hadapan anda sudah pasti akan berlaku pelanggaran dan ini boleh mendatangkan kecederaan. Keselamatan para peserta dan para hadirin menjadi keutamaan kami. Kami mahu sesiapa sahaja yang ke Litar Sepang berada dalam keadaan selamat.

Bagi kami sebagai penganjur biarlah sejumlah wang dibelanjakan agar aspek keselamatan di titik-beratkan. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kos penganjuran SNF mencecah puluhan ribu ringgit bagi setiap pusingan hanya untuk memastikan aspek keselamatan berada ditahap yang ditetapkan. Kami memegang teori Iceberg dimana biar sejumlah wang dibelanjakan pada awalnya agar kecelakaan yang berlaku dikemudian hari tidak mendatangkan kos yang lebih besar.

Oleh itu, kami berharap agar para peserta yang kami hormati agar sentiasa mematuhi peraturan atas nama keselamatan. Buat para hadirin agar mematuhi arahan para marshal seperti contoh tidak merokok di dalam Pit. Jika semua mematuhi kami yakin, (juga dengan keizinan Tuhan) kemalangan atau kecelakaan dapat dielakkan.

MOTOR RACING IS DANGEROUS BUT WE CAN PREVENT IT!!

6 comments on “Sembang – sembang SNF : Safety!

  1. totally agree…we can’t simply blame ‘takdir’ or ‘s*it happened’ all the time without considering the work done to prevent the bad thing happen. Safety is not occur only for the drivers, but environment, spectators and cars that participate as well.

    Strip the cars, not the drivers not the spectators

  2. hmmm…safety 1st….hat tu yg amat penting dalam dunia sukan permotoran….jgn hanya pentingkan $$$ semata-mata tanpa mengambil kira faktor keselamatan….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree