
Diam tak diam SNF sudah tinggal 3 pusingan sahaja lagi. Suka – duka dalam menganjurkan SNF menjadi pengalaman yang cukup berharga buat diri saya dan teman – teman yang lain. Cacian dan makian sewaktu mula – mula memperkenalkan beberapa peraturan baru ada waktu dan ketikanya hampir sahaja membunuh impian untuk terus menganjurkan SNF.
Jujur saya katakan, kebimbangan akan sambutan penyertaan untuk pusingan pertama sememangnya mendebarkan. Namun ianya sedikit terubat apabila melihat belasan jentera “perang” SNF hadir ketika sesi pemeriksaan Roll-Cage tempohari dan ini memberi signal bahawa SNF bertaraf Kelab akan mendapat sambutan. Penyertaan kira – kira 60 buah jentera pada pusingan pertama menguatkan lagi jangkaan saya dan teman – teman bahawa SNF yang berimej baru ini akan mendapat sambutan. Hasilnya? SNF sudah menerima penyertaan lebih daripada 100 orang pelumba! Amat diharapkan agar penyertaan ini terus bertambah.
Impian saya secara peribadi mahu melihat SNF menjadi sebuah acara perlumbaan yang terkenal seluruh negara. Impian saya juga melihat para peserta SNF menjadi contoh buat seluruh rakyat Malaysia atau dalam bahasa yang mudah “Hero”. Sebab itu kenapa SNF.TV diwujudkan hasil daripada perbincangan bersama teman – teman Ignition.my. Tujuan SNF.TV diwujudkan agar para peserta yang dipilih untuk ditemuramah menjadi bualan di luar sana dan dalam masa yang aksi – aksi yang ada dalam SNF ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia. Jika kita boleh menonton aksi Best Motoring kenapa tidak SNF.TV?
Sepanjang kita “bercuti” lebih kurang 3 bulan ini, adalah menjadi impian untuk melihat setiap peserta SNF melakukan perubahan baik dari sudut kedudukan mahupun catatan masa. Perbanyakkan mengkaji video – video perlumbaan yang sangat banyak di Youtube agar skil dapat dipertingkatkan. Saya juga sangat – sangat yakin beberapa jentera pasti akan melalui beberapa perubahan ketara. Buktikan mereka di luar sana bahawa peserta SNF sangat kreatif dan bersedia memasarkan barangan mereka tersendiri. Buktikan kepada mereka di luar sana bahawa pelumba – pelumba SNF sangat kualiti dan mempunyai skil yang sangat tinggi.
Impian – impian ini pasti boleh terlaksana atau direalisasikan jika kita semua bekerja – keras untuk kearah itu. Saya memanggil pelumba – pelumba hebat yang berada di luar sana dan masih tidak menyertai SNF agar turut menyertai acara perlumbaan ini. Kembalikan zaman kegemilangan door-to-door racing yang suatu ketika dahulu sangat sebati dengan rakyat Malaysia yang memenuhi segenap ruang tempat duduk di litar lumba.
Berjumpa lagi kita nanti pada 22 September 2012.
Sekian Terima Kasih,
Adian Yein Khalid

moga2 bole smpai ank cucu ak kang le men snf..heheh..gogo!!
Go go fithri!!
yes bro,we wait on this september.
See u there bro Hairis
Ermmm tak best nyer tinggal 3 round je lagi…
3 round lagi…berikan yang terbaek!!
kalo kete baik…pastinye result terbaekkkk…kalo kete tk baik..pastinye result nye tk baekkk…hahhaahah