
Selalunya dapat dunia permotoran Malaysia kalau sebut mengenai enjin N/A mesti dalam pemikiran kita VTEC, Mivec, 4G93 dan mungkin enjin dari Toyota. Tapi tahukah anda enjin dari keluaran Nissan juga berpotensi menjadi sang juara. Tahukah anda semua pada pertengahan tahun 1990an enjin Nissan sering menjuarai JGTC?
Dalam SNF ada seorang peminat tegar enjin Nissan. Semangat mahu memperbaiki diri dari sudut kedudukan dan catatan masa menjadi sebutan merata tempat. Malah ianya juga menarik perhatian mereka yang berada di Race Control Room. Siapa? Tidak lain tidak bukan, AJAK KRAMER!!
Jom kenali individu ini :
Boleh ceritakan sedikit mengenai diri bro Ajak?
Nama penuh Abdul Razak Bin Hamdi. Lahir di Sabak Bernam, Selangor. Sekarang menetap di Subang. Berumur 36 tahun dan sudah berkahwin. Pengalaman memandu lebih kurang 12 tahun.
Apakah yang menjadi pegangan hidup atau peribadi tuan dimana mungkin orang diluar sana tidak tahu?
Saya bukan jenis berjanji tapi tak laksanakannya. Senang cerita tak boleh buat cakap tak boleh..senang!
Soalan cepumas sebelum ke motorsports, antara boobman dan buttman mana yang menjadi pilihan?
Errr…both!! Hahaha..boobman easier!
Ceritakan sedikit mengenai pengalaman dalam dunia perlumbaan?
Penglibatan awal saya bermula dengan perlumbaan Drag pada tahun 2004. Pada tahun 2008 pula dengan Go-Kart dan dalam tahun yang sama mula menyertai MSS SuperSixteen dimana saya “dibantai” cukup – cukup (hahaha). Kemudian pada tahun 2010 menyertai perlumbaan S1K dan sekali muncul pada perlumbaan MSS. Tahun berikutnya, SNF!
Siapakah orang yang teringin sangat Ajak nak jumpa?
Sudah pasti Keiichi Tsuchiya!
Ada yang cakap dengan kereta, ada yang cium bonet kereta, ada yang telefon mak, ada yang telefon girlfriend dan macam – macam lagilah sebelum berlumba. Ajak pula macam mana?
Cukup dengan berdoa. Done!
Dalam pandangan mata Ajak, siapakah yang sangat berbakat dalam SNF?
Dari kategori Special Kei sampai ke RaceCars semuanya berbakat. Tapi yang menarik perhatian saya adalah Boy Wong.
Untuk mengetahui berita dunia perlumbaan untuk zaman sekarang mesti kita tengok TV ataupun layari internet. Apa yang Ajak akan cari jika melayari internet dan menonton TV?
Kalau di TV sudah pasti BTCC, kalau internet sudah pasti SNF. (Muka habis ikhlas)
Ceritakan sedikit memori awal dalam dunia motorsports?
Nak cerita pun malu hahaha, not qualify for race..err too slow! Hehe.
Apa yang ingin diperkatakan kepada mereka yang mahu berjinak dengan dunia perlumbaan?
Sertai SNF! Disinilah tempatnya kita menjadi pelumba hebat disebabkan cabaran berlumba waktu malam yang tersangat sengit dengan keseronokan yang maksimum! Kalau nak berlumba dengan kos penyediaan untuk jentera perlumbaan yang berpatutan, jangan segan..contact me!! Hehehe.
Boleh katakan sesuatu pada mereka yang suka berlumba di jalanan?
Hidup ini sangat pendek. Janganlah berlumba di jalanan. Jangan jadikan nama anda terpampang di muka depan suratkhabar, kalau boleh biar nama anda di mukasurat belakang suratkhabar dalam ruangan sukan!
Target Ajak untuk tahun ini?
Nak menang tempat pertama sekurang – kurangnya sekali.
Selain berlumba, apakah hobi Ajak?
Membaca..yup serious..membaca!

Boleh ceritakan mengenai jentera lumba Ajak?
Menggunakan Nissan B13 aka Teksi Genting. Menggunakan nadi SR16 Neo VVL. Dari sudut naik-taraf sudah pasti melalui proses Port N Polish, menggunakan E-Manage dan Trinity Clutch Plate. Horsepower dalam 185whp sahaja. Dari sudut chasis, saya menggunakan DnD Suspension, seam-welded dan Energy Bush kit.
Rancangan masa depan untuk jentera Ajak?
Mungkin akan melakukan sedikit perubahan sebagai contoh menggunakan keseluruhan komponen SR16 Neo VVL N1 Version untuk meningkatkan kuasakuda yang lebih. Dari sudut luaran mungkin akan bertukar rupa dengan menukar cat. Ikutkan banyak nak buat tapi apa pun kena tunggu modal yang mencukupi.
Itulah Ajak Kramer, pelumba SNF yang sepatutnya menjadi contoh buat mereka diluar sana. Berusaha berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya dan tidak mengenal erti putus asa. Contoh yang baik buat mereka di luar sana yang takut akan kekalahan.
Thank You,
Jumpa nanti pada pusingan seterusnya pada 22 September 2012!

Ajak the racer… Tahniah boss, semakin laju dan semakin digeruni… hehehe…
Saluteee Ajak Karmerr…awesome
aslamualaikum bos..sy berminat nk jadi joky trex,boleh rkment x?minat sgt2..
amik lesen…pergi trek…cari kete yg leh disewakan utk race…try bawak…ada rejki sure ada org offer jadi jockey