Sunday, May 19th, 2013
Log in

SNF Profil : Raymond Wong

Diterbitkan pada August 6, 2012 oleh   ·   1 Comment


SNF semakin lama semakin mendapat sambutan. Jika selama ini SNF hanya mendapat penyertaan hanya mereka yang berada di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya namun kali ini, SNF sudah mula mendapat penyertaan nun jauh di utara tanah air. Contohnya Badrul Hisham. Hari ini kita bawakan seorang lagi peserta utara yang datang dari Pulau Pinang.

Kenapa beliau digelar Father of GSR? Ini sebabnya :

“4g93T.. rare in SNF eventhough there are alot on the road.”

Kata – kata ini keluar selepas beliau berlumba di SNF tahun lepas pusingan ke-5. Yup, beliau tidak sepantas Abdul Farid (juga menggunakan GSR), tapi dengan kata – kata ini menaikkan semangat pemilik GSR yang selama ini hanya berani di laluan lurus. Siapakah dia?

Jom kenali dengan lebih rapat salah seorang Mafia dalam kategori GAB Street 1.8 Open :

Sila kenalkan diri anda?

Nama saya Raymond Wong. Berasal dari Seberang Perai, Pulau Pinang. Sekarang masih menetap di Seberang Perai. Berumur 36 tahun dan sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak and love them so much. Dari sudut pengalaman dalam motorsports lebih kurang 4 tahun.

Antara boobman dan buttman, pilihan Raymond?

Ermmm, macam race car juga. Harus ada balance yang baguih la. Depan dengan belakang mesti mau balance, baru ngam!

(hahaha macam siot je jawapan)

Siapakah individu yang Raymond teringin sangat nak jumpa?

Sesiapa sahaja yang mampu memberikan nasihat yang baik untuk saya meningkatkan prestasi diri sendiri.

Selalunya sebelum berlumba setiap orang mesti ada cara masing – masing, ada cium bonet kereta dan macam – macam lagilah. Raymond pula macam mana?

Saya pegang kuat ajaran Buddha so of course saya akan berdoa pada Buddha untuk setiap perkara berjalan dengan lancar dan baru push pedal to metal!!

Setiap orang ada pelumba SNF yang diminati. Bagaimana pula dengan Raymond? Siapa?

Badrul Hisham. Dia ni simbol untuk berubah menjadi lebih baik. Dia telah menunjukkan peningkatan yang sangat ketara dan masih lagi mengekalkan peribadi dia yang dulu iaitu tidak sombong dan tidak berlagak.

Jika berkesempatan menonton TV ataupun melayari internet, motorsports jenis apakah yang Raymond akan saksikan?

Saya akan tonton apa sahaja motor racing jika berpeluang.

Apakah memori awal dalam motorsports?

Segan nak cerita, dulu selalu ingat kalau pakai tayar Yokohama AD07 dah boleh laju macam Super GT…Hahahahaha!!

Okay hahaha, kata – kata khas buat mereka yang mahu berjinak – jinak dengan dunia perlumbaan?

Cari jentera yang sesuai dengan belanjawan anda. Sila dapatkan nasihat – nasihat dari mereka yang sudah lama berlumba untuk menambah ilmu sekaligus meningkatkan prestasi anda sendiri.

Kata – kata khas buat mereka yang suka sangat berlumba di jalanan?

Jom racing di SNF. Jadi lelaki sejati atau perempuan yang style macam Leona Chin dan Faye. Hanya pengecut, bacul, dan pentingkan diri – sendiri sahaja yang berlumba di jalanan dan membahayakan orang lain.

Apakah target Raymond Wong apabila setiap kali menyertai SNF?

Berharap sangat dapat menduduki podium sekurang – kurangnya sekali dan dapat piala plastik tu.

Hoii…perli ka? Hahaha. Okay apa hobi Raymond selain kereta?

Hobi saya mau cari wang lebih so boleh la modify kereta lagi hehehe.


Boleh ceritakan sedikit mengenai jentera Raymond Wong?

Menggunakan Proton Wira. Enjin seperti mana yang ramai tahu 4G93T. Menggunakan TD05 dan Haltech Sprint 500 and tuned by myself (FTZONE RACING). Mau save cost maaa hehe. Dari sudut handling saya guna ZerOne Coilovers, bar – bar dari ULTRA RACING dan Safety21 untuk rollcage.

Rancangan masa hadapan?

Mau tukaq kereta hehe…..

Yup,Raymond Wong. Happy go lucky. Tanya saja pelumba – pelumba SNF mesti kenal kalau sebut nama dia.

Mampukah Raymond Wong meningkatkan atau memperbaiki prestasi beliau ketika SNF Pusingan ke-6 nanti?

Sama – sama kita nantikan detik itu pada 22 September 2012!!

Readers Comments (1)

  1. Joe Mivec says:

    Cool Broe…. Like it! Mai dari jauh, bawak la sekali Nasik Kandar dr penang bg kami makan… hehe




Spam Protection by WP-SpamFree

SNFsponsors250

BERITA TERBARU

ARKIB ARTIKEL

PosterAd SNF 120x600