Seperti yang sedia maklum, berlaku perubahan peraturan seperti yang diwar – warkan sebelum ini. Kita semua tahu, SNF terbahagi kepada dua jenis kategori jentera iaitu Race Cars dan Street. Bagi Race Cars senang dan tidak memerlukan takrifan demi takrifan. Cukup mematuhi aspek – aspek keselamatan yang ditetapkan.
Namun yang menjadi perdebatan adalah kategori / kumpulan Street Cars. Ada yang mengadu kereta itu buka itu, kereta ini buka ini dan macam – macam lagi. Jadi kami memutuskan berlaku PENAMBAHAN peraturan. Peraturan sedia – ada (sila klik disini) tidak terbatal cuma berlaku PENAMBAHAN. Penambahan tersebut ialah :
A) PERALATAN OEM YANG BERFUNGSI :
•Suis peralatan hawa-dingin (aircond) dan blower wajib dipasang dan BERFUNGSI. Namun compressor, condenser dibenarkan untuk TIDAK dipasang.
•Alat radio utama (Head Unit Audio) dan suis WAJIB dipasang. Namun pembesar suara (speaker) belakang dibenarkan untuk TIDAK dipasang namun jika anda telah pun menanggalkan Alat Radio Utama SANGAT WAJIB UNTUK LUBANG TERSEBUT DITUTUP DENGAN PLASTIK KERAS (bukan plastik sampah)
•Tali-pinggang keledar yang asal (OEM) hadapan kiri dan kanan WAJIB dipasang.
B) HIASAN DALAMAN
•Karpet besar dan panjang (depan hingga belakang) WAJIB dipasang.
•Kesemua panel trim dan suis pintu WAJIB dipasang.
•Kesemua panel trim tiang (pillar) WAJIB dipasang (A,B, dan C)
•Lapisan/karpet bumbung (Roof Headlining) WAJIB dipasang.
C) DILENGKAPI PAPAN PEMUKA (DASHBOARD) OEM YANG LENGKAP BESERTA PANEL – PANEL YANG DISENARAIKAN :
•Penutup stereng (Steering) dan alat penunjuk arah (signal dan lampu)
•Konsol tengah (Centre Console) dan suis – suis yang berkenaan.
•Konsol gear (Gear Console) dan penutup anjakan gear (gear shift)
Peralatan – peralatan yang BOLEH untuk ditanggalkan atas nama keselamatan dan aspek – aspek keselamatan (Roll Cage dan Talipinggang keselamatan i.e Sabelt) yang termaktub dalam peraturan adalah :
•Penyandar kerusi belakang
•Tempat duduk belakang
•Penutup roda belakang (wheel arch trim)
•Papan pembesar suara (speaker) belakang
PERATURAN UBAHSUAI KATEGORI STREET CARS
•Tidak dibenarkan penggunaan Fuel Surge Tanks
•Tidak dibenarkan Fuel Pump dan laluan petrol di dalam kawasan penumpang dan pemandu.
•Tayar anda tidak dibenarkan melebihi badan kereta, jika terlebih WAJIB anda menutupi ruang tayar yang terdedah tersebut.
Sekian…sila pastikan peraturan ini dipatuhi sebelum bermulanya perlumbaan yang akan datang.
artikel asal KLIK SINI

Tahniah atas keputusan peraturan terbaru ini. Di harap dapat dipanjangkan sehingga ke spec enjin dapat di malarkan sebagaimana rule race2 @ event2 yg besar2 buat.
Tq….
Spec enjin kami hanya titik beratkan CC sahaja. Tapi dari sudut modification..itu OPEN..sebab SNF berbeza dgn event lain..niat kita selain racing kita nak industri motorsports turut berkembang maju.
Satu lagi saya ingin mengajukan soalan tentang kewajipan pemasangan panel trim belakang. berkaitan dengan ini, kereta saya menggunakan rollcage jenis bolt on. so Saya telah membuka panel trim belakang kerana jika saya meletakkan trim tersebut pemotongan trim perlu dibuat untuk memasang rollcage. Saya rasa sayang pulak nak potong, bolehkah saya membukanya atas alasan tersebut. tq.
Trim Panel boleh diganti dengan material lain seperti fibre atau aluminium.
Yang penting tiada bahagian besi yang terdedah dimana trim asal berada
Article 4.5.1
Alasan tak pasang kerana tak nak potong tak akan dilayani.
If in the ASR states that you have to install the rear panel triim, then install the rear panel trim. If in the ASR states that you have to use 22′ rims, then you use 22′ rims. If the ASR requires you to drive nude, you better do it because it is in the ASR
Hahaha… Dont dare…
Terima kasih krn bg penerangan tentang panel trim dengan jelas. Dan sy faham boleh pakai trim lain yg d ubah suai bagi menutup besi yg terdedah.. Sblum ni sy x terbaca ada yg mengatakan panel trim x semestinya pakai yang ori
Kalau macam tu,race ini nak ikut kan loh… Super street Category engine semua tak boleh up CC Lebih 1.9cc ah… Main race body nak ikut .. Engine Mesti mau sama lah… Tak kan dalam tak Ada orang main curi Ayam… Kalau inpsc kereta inpsc engine sekali ah… Boleh tak air cond dashboard radio
Macam ni RACE pun sedap and fair ma… Atau sesiapa Ada masuk RACE sebelum race go to sunway or mana mana Dyno check the engine first ah… Mcm tu Baru panggil on The Road Car and 1.8 super stree category …
Sorry…kami x letakkan limit untuk horsepower…
rear panel trim yg maner satu ek,kalau proton gen2?
Harap pihak secutering lebih tegas bila memeriksa kereta peserta yang tidak mengikut peraturan.Supaya tidak ada pihak yang tak berpuas hati apabila beliau mengikut semua peraturan ,sedangkan ada segelintir yang tidak mengikut spec yang ditetapkan oleh ASR dibenarkan berlumba.Sebab dia otai/kenal org dalam/juara/adik-beradik or whatever,so blh lepas.Apalah undang2 ,jika tiada penguatkuasaan..Selamat Berejuang Mafia2 sekalian..Peace
Sebab kami nampak yang tak ikut asr lah kami tegaskan sekali lagi agar semua org ikut..kami tidak bias..ada sahabat kami juga didenda RM100.00 kerana melanggar beberapa peraturan..peraturan tetap peraturan..cuma kami bukan jenis kecohkan hukuman yang telah kami jatuhkan..kalau terasa org tu terlepas sila adukan ke pihak atasan…dalam mengejar waktu mungkin kami terlepas pandang..tapi tuduhan kata kami berat sebelah..maaf hatta POMEN sendiri pon kena denda…
Peace kereta kuning
errr…kami nk run sndri la pasni..tkmo cmpo ngan geng2 yg consider dh race car nu…ekekekeke….leh tak?
apa mslh dgn surge tank…bkn ke pakai surge tank tu bertujuan utk mrngelak kn enjin jeking bile kuar koner..
Ini spec otr..kalau rasa nak pakai surge tank dan togel semua..kami amat berbesar hati saudara ke kategori racecars…tq
Desmond yee, ali prodrag, ahmad firdaus, philip tang, badrul hisham antara jaguh jaguh yang TIDAK MENGGUNAKAN FUEL SURGE TANK dan mereka berada di dalam kategori jentera ON THE ROAD sekali gus pernah menduduki podium, keluar corner tetap laju…terima kasih