snf6intro

SNF 2012.6 : Intro

Helo, helo,

Berjumpa kita sekali lagi setelah lama kita berehat atau bercuti panjang. Perasaan untuk melihat para pelumba SNF beraksi sekali lagi sangat membuak – buak. Aksi – aksi hebat dan sengit kembali bermain di fikiran apabila mengenangkan pusingan seterusnya bakal bermula kurang dari 4 minggu dari sekarang. Aksi memintas, late breaking, deruman ekzos, gadis – gadis cantik, dan suasana pesta di litar antarabangsa Sepang bakal kembali pada 22 September 2012.

Untuk menghangatkan suasana eloklah kita imbas kembali apa yang jadi pada pusingan sebelumnya di dalam setiap kategori :

Special Kei

Special Kei telah meletakkan satu tanda aras yang wajib diikuti oleh semua peserta di dalam semua kategori yang dipertandingkan. Kenapa? Pusingan terdahulu berlaku sedikit kontroversi melibat beberapa orang peserta. Namun mereka tidak melanjutkan kontroversi itu berlarutan panjang di Facebook dan sebagainya sebaliknya mereka membawa perkara it terus ke pihak bertanggungjawap dengan mengemukakan protes secara rasmi. Hasilnya? Keputusan dibuat dan mereka yang terbabit telah menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka. Kami warga kerja SNF tunduk hormat dengan sikap yang sangat professional yang mereka tunjukkan..tahniah!

Razee, Syazril Amri dan Sing Boy merupakan peserta yang berada di kelas tersendiri. Pusingan terdahulu persaingan antara mereka bertiga sememangnya mendebarkan. Razee merupakan sasaran utama oleh kebanyakkan peserta dalam kategori Special Kei. Beliau diasak begitu hebat oleh Syazril Amri. Sing Boy juga mempunyai misi yang sama tapi beliau telah terperangkap dengan kelompok besar yang melibatkan jentera – jentera Special Kei dan Super 1500. Lap demi lap dilalui, Razee yang mendominasi persaingan pada mulanya akhirnya telah terbabas akibat dirempuh oleh Sing Boy yang telah hilang kawalan dalam misi memburu tempat pertama dan ini memberi peluang kepada Syazril Amri memintas dan sekaligus menobatkan Syazril Amri sebagai pemenang tempat pertama.

Super 1500

Ahmad Shariffudin aka Pok Deng, Aril Hamka aka Enche Ariel merupakan watak penting dalam armada Starlet. Pusingan terdahulu menyaksikan dominasi armada Starlet telah musnah sama sekali. Hari Haran telah memecahkan dominasi tersebut apabila berjaya menduduki tempat pertama. Pok Deng yang mengalami masalah jentera pada permulaan saingan telah kembali dengan garang untuk menduduki tempat kedua dan mencatatkan masa terpantas untuk kategori tersebut pada malam itu. Aril Hamka yang pada mulanya selesa menduduki tempat pertama akhirnya pada hujung saingan telah menduduki tempat ketiga semuanya berpunca daripada keadaan kucar – kacir akibat perlanggaran Razee dan Sing Boy yang membuka ruang yang sangat luas kepada mereka berdua.

Mini

Syafiq Ali, Hairani, Mashlino, Lee Juan Fook antara peserta yang hebat dalam kategori ini. Italian Job merupakan nama jolokan yang diberi kerana aksi – aksi mereka yang berikan mengingatkan kita kepada filem tersebut. Syafiq Ali telah mendominasi sejak dari Heat 1. Namun pertempuran hebat melibatkan Hairani, Mashlino, Lee Juan Fook dan Siva Suriyan. Mereka berempat ini mampu menduduki tempat kedua. Namun skil dan tahap konsentrasi yang tinggi menjadi senjata utama. Melakukan sedikit kesilapan mengundang kehilangan tempat podium yang cukup berharga. Namun di penghujung saingan walaupun diantara keempat – empat peserta tidak menduduki di tempat Top Three namun tepukan dan penghormatan yang tinggi harus diberikan kepada mereka ini. Aksi yang mereka berikan tersangat – sangat menghiburkan.

CamproChase

Jentera R3 jika di Malaysian Super Series sememangnya tidak didapat dicabar. Namun tidak di SNF! Syafiq Ali harus sedar berlumba di waktu malam dan dalam keadaan yang serba pantas ini tidak sama dengan berlumba di waktu siang. 5 Lap tidak sama dengan 20 lap. Jentera harus bersifat pantas dan laju. Micheal Ayyavu aka Aboy, Halim, Hasrin merupakan peserta pilihan. Saingan antara mereka berlima ini sangat – sangat menghiburkan. Jujur saya katakan, mereka berempat ini berada dalam kelas tersendiri. Persaingan mereka ini mengingatkan zaman keagungan Proton Championship. Tamat persaingan Aboy di tempat pertama diikuti Halim, Syafiq Ali dan Hasrin.

SuperStreet

Tinggalkan nama Desmond Yee. Dengan kepantasan yang sangat luar biasa Desmond Yee berada jauh dihadapan. Menjadi tumpuan adalah pertempuran hebat diantara Badrul Hisham (Evo 8) dan Sebastian Lee. Mereka sudah melangkah ke tahap yang lebih hebat apabila mereka berdua telah mencatatkan masa 1m17s. Saingan mereka berdua sangat – sangat menarik. Badrul mengekori rapat di selekoh namun ditinggalkan apabila melalui laluan lurus oleh Sebastian Lee. Mencuri perhatian apabila Azly (Subaru Impreza) jika selama ini berentap hebat dengan Badrul kini telah diasak oleh Mohd Fahmi (Honda Civic EK9) dan Lim Han Jin (Honda Civic FD2R). Mereka bertiga ini mencatatkan masa lebih kurang sama iaitu 1m19s. Tamat hujungan saingan, Desmond Yee masih unggul dihadapan.

RaceCars

Akina Teo dan Kesavamoorthy dua peserta (untuk subkategori Class 1) yang boleh kami katakan peserta yang tidak dicabar buat seketika ini. Mereka berdua telah mencatatkan masa 1m15s. Catatan masa ini memboleh mereka berdua berada jauh di hadapan. Lee Kum Soon (subkategori Class 2) telah berjaya menduduki tempat pertama setelah kegagalan mesin Jeffrey Moo dan Winson Eu berfungsi. Ajak Kramer juga berjaya membuat kejutan yang agak luar biasa apabila menunjukkan peningkatan dengan hanya menggunakan jentera mesin Nissan.

GAB Street “Mafia” 1.8 Open

Kategori yang sarat dengan drama. Kategori yang sarat dengan kontroversi. Kategori yang mempunyai peminatnya tersendiri. Subkategori VTEC/FI menyaksikan kebangkitan semula Ahmad Fauzi aka Ali Prodrag. Setelah mengalami sedikit nasib yang tidak baik pada pusingan sebelumnya, pusingan ke-4 seolah – olah ingin membalas – dendam dengan malapetaka yang beliau lalui, akhirnya kemenangan tempat pertama menjadi milik beliau setelah berentap hebat dengan Philip Tang dan Ahmad Firdaus aka Daud. Heat 3, lap pertama dan kedua Philip Tang dan Daud masih berjaya mengekori rapat Ali Prodrag tetapi apabila memasuki lap 3, Ali Prodrag sudah berjaya menjarakkan diri. Daud yang sepatutnya berentap hebat dengan Philip Tang akhirnya terpaksa berpuas hati di tempat ke-4 apabila jentera beliau mengalami masalah gearbox dan ini membolehkan Francis Ng menduduki tempat ke-3. Abdul Farid yang menggunakan 4G93 Turbo mampu menarik nafas lega apabila berjaya mengekalkan tempat ke-5 meskipun diasak hebat oleh Mahyudin yang mencari peluang dan ruang yang ada untuk memintas beliau.

Bagi subkategori N/A, Joe Mivec gagal sama sekali meneruskan persaingan apabila jentera beliau mengalami masalah mekanikal dimana skru head enjin beliau telah longgar dan ini membuatkan head enjin Joe Mivec terangkat. Mohd Nor Fairuz antara nama besar dalam subkategori ini telah mengambil peluang yang untuk mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu. Namun Sham Didi tidak mudah membiarkan Mohd Nor Fairuz mengecapi kemenangan mudah itu apabila beliau telah memberikan cabaran yang sangat hebat. Mengekori rapat di belakang mereka adalah Razlan, Morzalee, Afdzal dan Nasrul dimana mereka ini mencatatkan masa lebih kurang sama iaitu dalam lingkungan 1m23s. Tamat saingan!

22 September 2012 pasti kita semua bakal menyaksikan kebangkitan semula watak – watak utama yang tumbang pada pusingan terdahulu. Peningkatan kuasa dan handling (kawalan) jentera masing – masing pasti akan berlaku. Misi membalas dendam dalam ertikata yang lain merampas kembali kedudukan yang sepatutnya menjadi milik mereka pasti terjadi.

Berehat dalam tempoh yang lama sudah pasti strategi dan proses menaik-taraf jentera sedang giat dilakukan atau difikirkan. Cabaran semakin sengit. Kami menjangkakan pencabar – pencabar baru dalam kategori masing – masing pasti akan muncul.

Saingan untuk 3 pusingan terakhir ini nampak gayanya pasti akan lebih menarik. Buat para hadirin, ajak sahabat – sahabat anda seramai mungkin. Inilah aksi perlumbaan yang sangat hebat. Jika di Thailand mereka berbangga dengan perlumbaan Speed Festival, kita di Malaysia harus berbangga dengan Saturday Night Fever Challenge Series. Berlumba diwaktu malam, dengan kepantasan luar biasa, dengan jarak penglihatan yang terhad tapi kita masih mampu mencatatkan masa yang pantas!

JOM, SNF 2012 Pusingan ke-6 pada 22 September 2012 di Litar Antarabangsa Sepang!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree