qual_t12_3lg

SNF 2012.6 : Bakar Line (2)


Salam sejahtera,

Dahulu sewaktu kami mengatakan ada sebuah kereta yang menggunakan enjin 4G92 Single Cam dan mampu mencatatkan masa 1m19s segelintir ada yang tidak percaya. Ada yang kata mustahil. Kalau yang percaya pun siap kata “Ala kereta tu lain”.

Ini spec kereta tersebut yang sempat dicuri ambil di dalam bilik :

1)      Horsepower =  145whp
2)      Final Drive = 5.1
3)      Camshaft = MatSpeed Camshaft

Sejarah kereta ini cukup menarik. Sering mencuri perhatian ramai. Enjin, head, camshaft, dan gearbox di-setting oleh MatSpeed, dan bertanding di dalam kategori SuperSixteen (MSS). Kategori tersebut kebanyakkannya disertai oleh jentera VTEC dan boleh dikatakan hampir 90% dikuasai oleh VTEC. Namun dalam kegilaan jentera VTEC menguasai trek Sepang ada satu jentera Proton SingleCam yang mampu menduduki top 5 ataupun top 10 dan pernah menduduki podium.

Ini buktinya. Gambar ini membuktikan kereta ini (of course dipandu oleh Mr.Adian Yein Khalid) pernah menduduki podium. Apa kaitan kereta ini dengan SNF? Apa kaitan gambar Adian dengan SNF? Kaitannya adalah untuk mereka yang sering tidak mempunyai keyakinan tinggi untuk bertanding. Selalu sahaja kita mendengar ayat “Ala susah bang, kereta dia power”, “Nak potong dia bang kena up sikit power bang”. Yup tidak dinafikan kuasa/power adalah penting. Tapi apa guna kuasa/power yang tinggi jika handling dan keazaman tinggi tiada?

Jom saksikan sedikit potongan video. Mari lihat bagaimana kereta ini beraksi, bagaimana kereta ini menyerang setiap selekoh yang ada :

Kalau dia boleh buat sudah pasti anda yang mempunyai kuasa yang lebih tinggi darinya mampu buat. Lebih kurang 2 minggu sahaja lagi SNF bakal berlangsung. Kuatkan semangat anda! Tanamkan keazaman mahu mencipta rekod dan mampu meninggalkan kesan yang cukup mendalam sejarah motorsports Malaysia. Jangan sesekali kekuatan pihak musuh menggerunkan anda. Bangkit dan terus melawan! Peluang menduduki podium sangat – sangat terbuka luas jika anda semua mempunyai keyakinan yang sangat tinggi.

Kami wargakerja SNF mahu melihat sesuatu luarbiasa terjadi pada pusingan kali ini. Jumpa anda semua pada 22 September 2012!!

9 comments on “SNF 2012.6 : Bakar Line (2)

Leave a Reply to tgna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree