ramalan

SNF 2012.6 : Ramalan

 
Salam sejahtera,
 
Detik pertempuran, aksi perlumbaan sebenar yang sarat dengan aksi hebat dan sengit akan kembali ke litar yang sangat berprestij iaitu ke Litar Antarabangsa Sepang. Selama 4 bulan kita tidak disajikan aksi – aksi hebat seperti ini. Pantas, debaran, side by side, late breaking, suasana pesta, dihadiri oleh ribuan para hadirin, barangan performance (prestasi) dijual di dalam pit dan macam – macam lagi menjadi nadi kepada acara motorsports yang paling cool…SNF!!!!!
 
Seperti biasa, setiap kategori ada ceritanya. Ramalan kali ini berdasarkan pusingan terdahulu dan sembang – sembang kedai kopi dan juga di forum – forum. Siapa yang bakal bangkit, siapa yang bakal mempertahankan kejuaraan dan paling ngeri, siapa yang bakal tumbang.
 
Special Kei
 
Kategori ini dari pusingan pertama hingga yang terakhir iaitu pada pusingan ke-4, kedudukan podium selalu berubah. Pusingan terdahulu menyaksikan pertempuran hebat antara Shairazi aka Razee dan Syazril Amri. Jika ada yang berkesempatan menyaksikannya, dapat kita melihat bagaimana Syazril mengekori rapat di belakang Razee dan ada kalanya side by side di Turn 5. Namun malang buat Razee apabila terbabit kemalangan dan sekali gus menduduki tempat kedua. Ramalan? Yup, Razee dan Syazril akan berentap sekali lagi. Tapi awas! Jika mengikut sumber, Muhammad Tarmizi aka Mijot berkemungkinan akan menyertai pusingan kali ini. Pernah menduduki tempat pertama dan mencatatkan masa terpantas 1m23.203 saat. Ini bermakna jika Mijot berjaya sampai ke Heat terakhir maka Razee dan Syazril Amri harus bersiap – sedia dengan serangan hebat daripada Mijot.
 
Mini
 
“Italian Job”, kecil dan klasik. Namun itu tidak bermakna mereka tidak memberikan saingan hebat. Syafiq Ali yang memandu jentera milik ayahnya berada di kelas tersendiri. Mustahil untuk dipintas dengan catatan masa 1m25.785saat. Tapi perebutan tempat kedua, ketiga, keempat dan kelima menjadi sangat – sangat sengit. Mereka iaitu Hairani, Mashlino, Lee Juan Fook dan Siva Suriyan mampu menduduki kedudukan yang baik. Ramalan? Tempat kedua, ketiga, keempat dan kelima tidak mustahil akan berubah kerana mereka berempat mampu membuat kejutan di saat – saat akhir. Syafiq Ali? Jika jentera tidak bermasalah pasti akan menduduki tempat pertama tapi tidak mustahil jenteranya akan bermasalah kerana pusingan terdahulu beliau pernah terkandas akibat kegagalan jenteranya.
 
Super 1500
 
Hari Haran akhirnya telah memecahkan dominasi Armada Starlet. Pusingan terdahulu beliau bijak mencuri peluang dengan keributan yang berlaku akibat sedikit kucar – kacir dengan terus memecut pantas meninggalkan Aril Hamka dan Pok Deng. Ramalan? Ikut sumber, Armada Starlet yang semakin leka dengan kemenangan dengan kemenangan akhirnya tersentak dan akan bangkit merampas kembali apa yang menjadi hak mereka. Hari Haran mahu tidak mahu harus meningkat power, handling dan skil yang ada untuk terus mempertahankan kedudukan terbaik pada pusingan sebelum ini. Buat Armada Starlet, jika terus dengan setup yang sama dan terus leka, tempat pertama wajar diucapkan selamat tinggal!
 
CamproChase
 
Generasi yang sempat melihat Proton Championship pasti akan teringat kembali apabila melihat aksi – aksi jentera Proton model baru ini beraksi hebat. Door panel to door panel, side mirror to side mirror, late breaking, menjadi tunjang kepada kategori pada awalnya dicemuh oleh mat – mat perasan JDM. Catatan masa 1m23s cukup untuk menutup mulut mereka yang pandai sembang kosong. Micheal Ayyavu, Hasrin Tahrir, Halim Othman antara watak – watak utama dalam kategori ini. Mereka ini berentap hebat sehinggakan tidak kelihatan lampu depan (menunjukkan betapa rapatnya mereka mengekori antara satu sama lain). Micheal Ayyavu aka Aboy, masih unggul di hadapan. Ramalan? Hasrin Tahrir akan berentap hebat dengan Halim Othman jika ianya berdasarkan catatan masa yang mereka berdua catitkan.
 
SuperStreet
 
Desmond Yee masih tiada siapa yang mampu untuk memintas Honda Civic FD2R K24 yang sangat – sangat laju. Mengikut sumber – sumber yang boleh dipercayai, untuk sub – kategori FF Festival berkemungkinan akan muncul dua wajah baru yang menggunakan Honda Integra DC5. Salah seorangnya sangat terkenal dengan perlumbaan drag. Jentera beliau juga bernadikan K24. Apakah beliau akan memberikan saingan kepada Desmond Yee? Kita tunggu dan lihat. Perlumbaan malam dan serba pantas ini pasti akan menjadi sesuatu yang sukar buat mereka yang pertama kali menyertai SNF.
 
Namun yang menjadi tumpuan sebenarnya adalah 4WD, Badrul Hisham pada pusingan sebelum ini sudah berjaya mencatatkan 1m17s. Namun pusingan kali ini beliau harus bersiap – sedia. Jika ada yang mengikuti secara rapat perkembangan SNF di Facebook, Badrul akan menerima pencabar baru. Pencabar baru yang datang dengan jentera serba baru. Datang jauh dari Pulau Pinang. Menggunakan Subaru Version 10. Dengar khabar catatan masanya lebih pantas daripada Badrul. Dengar khabar memang sedap, tapi jika baru pertama kali menyertai SNF, cabaran yang sedang menanti sangat – sangat hebat menanti anda. Berkemungkinan besar pertempuran hebat antara mereka berdua mungkin dapat kita saksikan. Badrul Hisham yang sudah terangsang (hehehe) dengan cabaran ini dengar khabarnya akan tampil dengan imej baru.
 
RaceCars
 
Akina Teo akhirnya telah berjaya menduduki tempat pertama dengan jenteranya yang sangat – sangat pantas. Namun dalam kegembiraan menyambut kemenangan itu beliau sedar bahawa ancaman dari Selatan sedang memerhatikan beliau dari belakang. Kesavamoorthy Ayyavu aka Moorthy yang menduduki tempat kedua walaupun ketinggalan agak jauh, Moorthy masih mampu memberikan catatan masa terpantas iaitu 1m15.421saat. Ramalan? Tunggu sahaja aksi dan DRAMA yang mereka ini akan berikan.
 
RaceCars Class 2 pula, kami menjangkakan kebangkitan watak – watak utama yang tumbang akibat masalah mekanikal enjin. Winson Eu, Jeffrey Moo antara watak utama yang tumbang. Jika mereka berdua kembali dengan enjin yang tidak lagi bermasalah, kami percaya pertempuran sengit antara mereka berdua bakal kita saksikan.
 
GAB Street 1.8 Open
 
Ramalan untuk kategori mafia ini? Tak boleh diramalkan. Apa sahaja boleh terjadi. Kedudukan sering berubah.Bagi sub – kategori VTEC/FI, Ahmad Firdaus aka Daud yang tumbang akibat masalah gearbox sudah pasti akan akan kembali pada pusingan kali ini dengan lebih garang. Philip Tang juga kami jangkakan akan melakukan proses upgrade setelah ditumbangkan dengan jarak yang agak jauh. Satu – satunya jentera Proton yang menggunakan enjin Mitsubishi GSR 4G93, Abdul Farid juga kami menjangkakan akan memberikan saingan sengit. Mengikut sumber juga, kemungkinan besar Proton Satria VTEC (yes, satria murtad haha) akan mencabar mafia – mafia ini. Ahmad Fauzi aka Ali Prodrag? Misteri..masuk atau tidak masih lagi menjadi tanda tanya.
 
Bagi sub – kategori N/A, Mohd Nor Fairuz harus bersiap – sedia menghadapi serangan kejam daripada Sham Didi, Razlan, Morzalee, Nasrul adalah antara pencabar hebat buat Mohd Nor Fairuz. Dengan catatan masa yang tidak jauh beza, Mohd Nor Fairuz harus meningkatkan kuasa dan skil yang ada untuk terus mempertahankan takhta beliau.
 
Okay, ramalan ini berdasarkan pusingan – pusingan sebelumnya. Tapi kemungkinan itu akan ada jika para peserta yang tumbang mengambil serius segenap aspek. Power bukan segala – galanya. Handling dan cara pemanduan menjadi tunjang kepada kemenangan. Ini bukan perlumbaan lurus, ini perlumbaan yang harus melalui selekoh demi selekoh dan dimana skil pemanduan menjadi titik – tolak kemenangan.
 
Buat para peserta, dapatkan rehat secukupnya. Pastikan jentera anda sihat. Kami dan para hadirin mahu menyaksikan anda semua bertempur hebat. SNF Pusingan ke-6 sedang menantikan kehadiran pelumba – pelumba SNF ini.

7 comments on “SNF 2012.6 : Ramalan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree