image

SNF 2012.7 : Selamat Berlumba

Hanya tinggal beberapa puluh jam sahaja lagi SNF Pusingan ke-7 bakal berlangsung. Jika cuaca hujan seperti ini percayalah pusingan kali ini yang paling mencabar keupayaan para peserta SNF. Bukan sahaja dari skil pemanduan tetapi mencabar keupayaan mereka untuk melakukan setting pada jentera masing – masing

Sebagai penganjur kami juga sangat teruja untuk melihat keupayaan para peserta SNF mengendalikan jentera masing – masing dalam keadaan basah. Ini basah hujan bukan basah lain hehehehe.

Baik sebelum anda semua berlumba dengan hebatnya pada esok hari ada beberapa perkara yang anda harus ambil berat. Tolong, sila ambil berat :

Buat para peserta adalah diharapkan agar datang sebelum jam 4 petang untuk sesi pendaftaran. Kegagalan anda untuk tiba pada waktu itu jawapannya hanya satu….PENYERTAAN DIBATALKAN SAMA SEKALI!!!!!

Jentera – jentera anda juga harus berada di kawasan scruteneering sebelum jam 6.00 petang. Jika anda berada di kawasan tersebut selepas 6.00 petang…MAAF, ANDA TIDAK DIBENARKAN UNTUK BERLUMBA.

Setelah anda mendaftar, anda juga amat diharapkan berada di dalam dewan untuk mendengar taklimat keselamatan (safety briefing) sebelum jam 5.30 petang. Anda juga dikehendaki tandatangan kehadiran anda untuk sesi taklimat itu juga sebelum jam 5.30 petang. Kegagalan anda menandatangani borang tersebut (walaupun anda mendengar taklimat tersebut)…STANDBY UNTUK KENA MENGADAP DENGAN COC atau STEWARD AAM.

Tegas? Terpaksa, kerana kami dari pihak penganjur menunggu anda yang lewat hadir terpaksa menangguhkan pelbagai aktiviti lain hanya kerana ingin menguruskan pendaftaran anda dan ini akan mengganggu sedikit perjalannan SNF. Tambahan pula kita sudah melangkah ke taraf Kelab. Jika tertakluk di bawah Kelab yang mempunyai peraturan, maka amat diharapkan anda dapat mematuhinya. Boleh? Peserta SNF memang terbaik.

Satu teguran kepada sesetengah peserta yang suka mengatakan sebagai contoh “Orang tu 2 liter bro” bla bla bla….Contohilah sikap professional SPECIAL KEI. Tak puas hati PROTES! Jangan cakap belakang. Jangan bagi alasan tak nak protes sebab kawan – kawan. Kalau betul kawan kenapa nak kutuk dari belakang. Be professional, tak puas hati terus protes. Jangan cakap belakang tapi diri sendiri dah catat masa gila punya laju.

Apa pun beberapa kategori dijangka akan panas. Akan berlaku kebangkitan dari watak – watak utama yang “tumbang” pada pusingan terdahulu. Tapi yang penting bergantung kepada setting masing – masing dan…NASIB.

Jaga kesihatan, dapatkan rehat yang secukupnya. Kami menanti anda. Para hadirin menanti anda.

JUMPA DI LITAR ANTARABANGSA SEPANG pada 10/11/2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree