hanjin2

SNF PROFIL : LIM HAN JIN


Honda is Racing, Racing Is Honda. Tambahan pula kalau pakai Honda Type-R, Honda yang berenjinkan VTEC (B-Series or K-Series) tapi simpan, modify kaw-kaw, VTEC bukak sana – sini tapi lebih banyak buang masa di kedai kopi ternyata anda semua telah menghina kredibliti VTEC, telah menghina legasi Honda yang sangat sebati dengan RACING!!

Sewaktu SNF mewajibkan penggunaan Roll-Cage, jujur kami katakan kerisauan Honda Type-R model baru (FD2R atau DC5) tidak akan mewarnai SNF ternyata meleset sama sekali. Beliau wajar diberi penghormatan tertinggi kerana telah terus mempertahankan legasi TYPE-R!! Siapakah beliau..jom kenali dengan lebih rapat LIM HAN JIN :

Lim Han Jin (that specky one)

Hello, sila kenalkan diri anda secara ringkas?

Nama saya Lim Han Jin. Berasal dari Petaling Jaya. Berusia 34 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Hobi saya adalah gardening. Saiz kasut 8 inci and between boobman dan buttman ermm as long as they have a good proportion of both hehehehe.

Pengalaman memandu dan dalam dunia motorsports sudah berapa tahun?

Pengalaman memandu sudah 17 tahun dan pengalaman dalam motorsports 3 tahun.

Kalau ada peluang, Lim Han Jin teringin nak jumpa siapa?

Harap dapat jumpa Dalai Lama. Hey im a religious man (smile)

Selalu peserta SNF ini sebelum masuk ke trek akan buat macam – macam, Cium bonet keretalah, cakap dengan keretalah, buat tai chi lah dan macam – macam lagi. Lim Han Jin pula macam mana?

Selalunya saya akan memakai t-shirt yang mempunyai gambar 2 ekor badak sumbu. Dalam kepercayaan orang cina, lambang tersebut dapat mengelakkan daripada sebarang kemalangan atau kecelakaan.

Lim Han Jin dah bersama SNF hampir satu musim, siapa agaknya pelumba SNF yang sangat berbakat?

Susah nak pilih. Sebab sekarang ramai sudah improve.

Jika menonton TV atau melayari internet, motorsports apakah yang Lim Han Jin akan tonton?

Le Mans, F1, Rally, dan motorsports yang datang dari Australia, Jepun, Amerika dan apa sahaja yang terlintas lah.

Okay, jadi apakah memori awal Lim Han Jin dalam motorsports?

Di trek BATU TIGA, duduk di dalam Volkswagen Beetle yang bernadikan ROTARY milik pakcik saya.

Jika ada sahabat – sahabat Lim Han Jin yang berminat mahu terlibat dalam dunia perlumbaan, apakah kata – kata nasihat atau motivasi?

Motorsports merupakan satu dunia yang sangat menyeronokkan. Tapi harus dan wajib melabur untuk keperluan peralatan safety dan paling penting lakukan di trek. Ya, mungkin akan ambil masa yang panjang untuk menjadi handal. Pastikan anda mencari TUNER yang mampu membuatkan kereta anda pantas dan paling penting segala perbelanjaan anda masih di dalam kawalan (smile)

Kepada mereka yang masih berlumba di jalanan?

Please go to track lar!

Selain dari racing and gardening, apakah hobi Lim Han Jin?

Photo. video, kids dan video games.


Boleh ceritakan sedikit apakah modifikasi yang telah dilakukan terhadap jentera Lim Han jin?

Saya menggunakan Honda Civic Type R FD2. Dari sudut peningkatan horsepower saya telah menukar camshaft, full exhaust system dan sudah pastinya ECU Hondata! Horsepower 235whp sahaja. Dari sudut handling saya menggunakan suspension dari jenama BC Racing dan Half Roll Cage.

Target untuk SNF 2013?

TOP THREE..

Yup, Lim Han Jin. Pelumba SNF yang mengangkat martabat Honda Civic FD2-R di tempat sepatutnya. Pelumba SNF yang cool. Jika anda mahu melihat aksi ekstrem Lim Han Jin memandu Honda Civic TYPE R saksikan nanti di litar antarabangsa Sepang sewaktu berlangsungnya SNF!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree