halim

SNF PROFIL : HALIM AUTOPARTS


Model Proton memang sudah sebati dengan rakyat Malaysia. Ada yang jadikan ianya sebagai kereta keluarga, cukup masa jual ambil kereta lain. Tapi ada yang tidak jual tukar enjin yang bertenaga dari yang asal. Ada yang mula modify bagi power sikit dan paling ekstrem jadikan ianya sebagai jentera perlumbaan errrr bukan lepak kedai makan sembang dapat potong Evo bagai (mohon maaf sempena Hari Raya :-P). Sudah masuk musim ke-3 SNF berlangsung, jentera Proton merupakan antara penyumbang terbesar penyertaan SNF.

Tanpa membuang masa jom kita kenali salah seorang peserta tegar SNF…Halim AutoParts!!!!

Salam Encik Halim, boleh ceritakan serba ringkas mengenai diri tuan?

Nama penuh Mohd Abdul Halim Bin Jamaluddin. Berasal dari Taiping, Perak. Sudah berkahwin. Saiz kasut 9 inci, jadi mau tau la “panjang” mana kan. Pengalaman memandu 20 tahun dan pengalaman berlumba hanyalah 3 tahun sahaja.

Kalau ada peluang untuk berjumpa dengan orang ternama, Halim nak jumpa siapa?

Saya teringin nak jumpa Mark Webber.

Kalau diambil kira dari sudut penyertaan, Halim merupakan antara peserta awal SNF. Siapakah pada mata pandangan Halim yang berbakat dalam SNF?

Ikutkan ramai tapi bagi saya yang berbakat Gan Kim Koa aka Panjang.

Apakah kenangan awal Halim dalam dunia Motorsports?

Sudah pastinya di trek Legenda Batu Tiga dan SNF versi Batu Tiga.

Makin lama makin ramai mahu menyertai SNF terutamanya dalam kategori Street 1.8 NA. Apakah pesanan Halim kepada mereka yang mahu berjinak – jinak dengan perlumbaan yang sebenar?

Bagus, kerana bila kita sertai apa – apa sahaja perlumbaan ianya dapat meningkatkan Self Confidence kita dan secara tidak langsung dapat mendisplinkan diri kita. Kalah menang tu tolak tepi. Kalau tak berjaya, jadikan ia sebagai motivasi untuk meningkatkan skil kita.

Kata – kata buat mereka yang masih berembat atau berlumba di jalanan?

Sudahlah, berhentikanlah. Takde apa nak dibanggakan. Tiada kepuasan maksimum. Jadilah anak jantan sikit.

Boleh terangkan serba sedikit proses modifikasi yang Halim dah buat?

Saya gunakan enjin 4G93. Tak banyak barang performance saya letak kecuali camshaft 272. M7 Japan Piggyback EM-CON. Horsepower tak semeriah mana 154.6bhp at DynoDynamic. Dari sudut handling saya gunakan TEIN HR.

Target utama dan perancangan masa hadapan di dalam SNF?

Kemenangan sudah pasti. Untuk perancangan masa akan datang tak berkemungkinan saya akan menyertai RaceCars dengan menggunakan jentera bolt-on Turbo dalam masa sama juga, nak bawa masuk lagi kawan – kawan menyertai SNF. Tu perancangan saya.

Terima kasih bro sebab support SNF.

Halim Ultra AutoParts. Cool and steady. Sentiasa terus berusaha untuk meningkatkan skil pemanduan dan kemahiran beliau dalam membina enjin yang pantas. Nak tengok aksi hebat Halim? Jangan lupa 14-September-2013…SNF ROUND 5!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree