rauf3

SNF PROFIL : ABDUL RAUF


Buat julung kalinya kita dapat temuduga rider SNF MOTO. Rider ini memberikan satu simbol kepada peminat motorsikal di seluruh Malaysia. Anda minat motorsikal, anda suka berlumba dijalanan, tapi sayangnya skil anda disia – siakan. Beliau memasuki SNF hanyalah semata – mata untuk berseronok berlumba di waktu malam. Dari berlumba di jalanan yang serba membahayakan pengguna jalanraya yang lain, baik berlumba di trek. Siapakah beliau? Jom kita kenali dengan lebih rapat Abdul Rauf Salaman!!

Boleh kenalkan diri dengan serba ringkas?

Nama saya Abdul Rauf Salaman. Berasal dari Bukit Badong, Kuala Selangor. Berusia 35 tahun dan sudah berkahwin.

Berapa lamakah pengalaman memandu anda dan dalam dunia perlumbaan ni?

Memandu secara normal adalah dalam 15 tahun. Dalam dunia perlumbaan baru sahaja, dalam 3 tahun macam tu.

Ceritakan mengenai diri bro yang orang lain tidak tahu?

Ermm..jangan bagi tau orang lain. Saya penakut..hahaha

Siapakah orang terkenal yang teringin sangat bro nak jumpa?

Saya teringin sangat nak jumpa Kevin Schwantz.

Kalau dalam SNF Cars sebelum berlumba, ada yang cium bonet kereta lah, berdoa, masuk kaki kanan dulu lah macam – macam lagilah. Bro pula macam mana?

Saya senang sahaja. Berdoa biar dipermudahkan urusan. Tu je.

Siapakah yang berbakat dalam SNF MOTO?

Bagi saya, semua yang bertanding tu semuanya berbakat.

Apakah memori awal bro dalam dunia motorsports?

Menjadi penonton Shah Alam Motorsports Paradise (SAMP) di trek legenda, Batu Tiga.

Jika ada yang ingin berjinak dengan dunia perlumbaan MOTO, apakah
yang ingin bro katakan?

Join SNF dan berlumbalah di saluran yang betul.

Jika ada teman – teman yang masih berlumba di jalanan, apakah nasihat
anda kepada mereka?

Sudahlah, jom berlumba dan asah bakat di litar.

Apakah sasaran bro di SNF?

Ambil bendera penamat..habiskan race walaupun jadi pelumba yg terakhir mengambil bendera penamat..hehe.

Semangat hehehe. Boleh ceritakan sedikit mengenai jentera bro?

Saya menggunakan Yamaha RXZ 135. Modifikasi yang saya lakukan macam biasa gear ratio, ekzos, rim ringan sikit. Itu sahaja lah.

Perancangan untuk masa hadapan terhadap jentera ni apa?

Tak payah nak upgrade apa – apa dah. Maintain je apa yang ada hehehe. Kata untuk seronok je kan.

Abdul Rauf Salaman. Relax, tenang, dan sepatutnya menjadi ikutan buat mereka yang masih berlumba di jalanan. Menjadikan perlumbaan di SNF sebagai satu tempat latihan dan memuaskan nafsu untuk menunggang laju!! SALUTE!!

2 comments on “SNF PROFIL : ABDUL RAUF

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree