SNF-KOvader (1)

SNF PROFIL : KEIFLI OTHMAN

“Do not under estimate my power” – Darth Vader

Kelibat beliau sering kelihatan sejak SNF 2011 hinggalah SNF 2012. Sewaktu beliau menyatakan hasrat untuk menyertai SNF, kami sebagai penganjur sangat – sangat teruja, malah ianya juga turut mengundang perasaan gementar buat para peserta lain. Mana tidaknya, sememangnya mengetahui skil Keifli Othman yang sangat hebat sudah membuatkan ramai yang tidak sabar mahu melihat aksi beliau. Beliau tidak berminat bermain dengan kata – kata siapa hebat, siapa king, siapa kena tunduk terhadap beliau di ruangan status Facebook. Cukup dengan membuktikan aksi dan skil beliau. This is what we called..truly King!! Salute!!

Rata – rata ramai mahu mengenali beliau dengan lebih dekat. Tanpa membuang waktu dan masa, here we bring to you..Darth Vader aka Keifli Othman!!

Salam sejahtera, boleh kenalkan diri bro Keifli?

Nama saya Keifli Othman. Menetap di Shah Alam. Kampung ada dua, satu Kota Bharu dan Negeri Sembilan. Berusia 40 tahun. Pengalaman memandu 24 tahun. Pengalaman dalam dunia perlumbaan lebih kurang 20 tahun. Saiz kasut 9. Antara boob and butt..balance..both!

Siapakah orang terkenal yang bro K.O (baca Keifli Othman) teringin nak jumpa?

Saya teringin nak jumpa David Beckham.

Pada pandangan bro siapa yang berbakat dan mampu pergi lebih jauh?

Semua orang berbakat, tapi untuk pelapis saya memilih Mark Darwin.

Jika ada masa terluang dan menonton siaran motorsports, apakah perlumbaan yang bro akan tonton?

Sudah tentu F1, WTCC, DTM dan WRC.

Apakah kenangan manis atau memori awal ketika mula – mula terlibat dalam dunia motorsports?

Antara kenangan manis saya adalah apabila dinobatkan sebagai overall champion Formula Campus 1997.

Apakah kata – kata semangat buat mereka yang baru hendak menceburkan diri dalam dunia perlumbaan dan buat mereka yang masih lagi suka berlumba di jalanan?

Buat yang ada semangat hendak berlumba saya ucapkan All The Best. Buat yang masih lagi suka berlumba di jalanan saya ucapkan….GOOD LUCK IN JAIL!!

Boleh ceritakan serba ringkas jentera yang digunakan oleh Keifli dalam SNF?

Saya menggunakan Honda Civic EG6. Bernadikan K20. Spec? Jangan tanya, tugas saya hanya berlumba. Untuk masa hadapan, berkemungkinan proses naik-taraf kepada K24.

Keifli Othman..telah membawa satu taraf baru buat kategori RaceCars Class 1. Bak kata Obi Wan Kenobi “He is the one will bring balance to the force.” Bagi peminat SNF, “He will create more excitement to RaceCars 1 and SNF itself”. Arise Lord Vader!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree