snfr-1

SNFR 2014.ENDURO : Fight Till The End


Tamat sudah perlumbaan satu-satunya Endurance dalam siri-siri perlumbaan SNF Racing. Pertama kali juga kita dapat menganjurkan perlumbaan versi pantas kepada SNF MOTO selama 20 minit tanpa henti. Jutaan terima kasih kepada Achilles Tyres, Ducatus Oil, Maxima Oil, RS Ignition Suspension dan Clixster kerana menaja kami. Terima kasih!!

Terima kasih yang tidak terhingga kepada para peserta yang tidak jemu-jemu menyokong SNF dan para hadirin yang terus-menerus menyokong dan datang menyaksikan SNF RACING di Sepang!

SNF MOTO

Julung-julung kalinya kategori ini turut serta dalam perlumbaan ENDURO. Ada juga kerisauan minyak habis, jentera yang tak tahan, fizikal dan mental tak tahan. Tapi, boleh dikatakan 16 buah jentera SNF Moto kebanyakkannya berjaya menamatkan perlumbaan.

Fight Till The End!! SNF 150 Awesome!!

SNF 150, keseluruhan mata tertumpu kepada nama – nama besar iaitu Mohamad Kanafi, Muhammad Imran, Mohd Zaki Misman, Muhd Muzakkir dan ramai lagi. Sebaik sahaja lampu hijau dinyalakan, kesemua peserta meluru pantas. Kanafi meluru pantas (sambil wheelie oii) agar dapat kedudukan yang bagus, Imran tiada masalah, Zaki turut berjaya mencelah dan berjaya side by side dengan mereka ini. Memang huru-hara!! Tapi itulah SNF Moto, full of actions. Memasuki lap pertama, Imran di depan, Kanafi seakan tertinggal dibelakang namun sedaya-upaya mengejar. Imran masih lagi pantas. Catatan masa antara mereka berdua sudah mencecah 1m20s. Zaki sekali lagi mengalami masalah mekanikal terpaksa berhempas-pulas dan mengejar Raymond Philips. Ahmad Ghazali yang dilihat bersaing hebat dengan Edzwan dan Mohd Fauzi. Lap demi lap dilalui. Tiada tanda-tanda Kanafi dan Imran akan memperlahankan jentera. Catatan masa Kanafi semakin pantas dan semakin merapati Imran dan berjaya memintas. Namun Imran tidak mengalah memintas kembali Kanafi. Debaran semakin memuncak apabila perlumbaan berbakikan 1 minit lagi. Last lap, last turn, Kanafi berjaya memintas dengan catatan masa 1m19s!!!! Imran tidak mengalah sedaya – upaya memintas dan suka tidak suka, Kanafi muncul sebagai juara dan jujur kami katakan the most dramatic racing ever!! Diikuti Muhamad Imran, Mohd Edzwan, Mohd Fauzi dan Mohd Zaki yang berjaya bertahan walaupun enjin meragam.

SNF 135, jika diikutkan prestasi Muhammad Alhakim Adnan sepatutnya tidak mengalami masalah untuk menjuarai pusingan enduro ini. Otai dalam kategori Allen Wah Heng bagi pusingan enduro serba pantas ini dengan menggunakan jentera RXZ, sangat sukar dipintas. Pertempuran merebut tempat kedua menjadi hiburan buat para hadirin! Muhammad Yusof, Mohd Zulfahmi, Azlan Amri dan Muhd Hanafi telah bersaing dengan begitu hebat. Tiada tanda-tanda mereka memperlahankan jentera mereka, tiada tanda-tanda kerisauan kehabisan minyak. Mula menjarakkan diri adalah Muhammad Yusof dan dilihat tiada masalah untuk meraih tempat kedua. Nah, pertempuran tempat ketiga dilihat sangat-sangat sengit. Muhammad Zulfahmi terpaksa berhempas-pulas memastikan Azlan Amri tidak memintas di saat-saat akhir dan begitu juga Azlan yang harus memastikan Muhd Hanafi tidak berjaya memintas beliau. Bukan satu tugas yang senang, namun sebaik sahaja perlumbaan ditamatkan Allen Wah Heng juara bagi kategori ini diikuti Muhammad Yusof, Mohd Zulfahmi, Azlan Amri dan Muhd Hanafi. Muhammad Alhakim gagal meneruskan perlumbaan apabila mengalami masalah dengan jenteranya.

SNF CARS

Tahun lepas penyertaan hanyalah 31 buah jentera sahaja. Tahun ini mencecah 61 buah jentera. Setelah promosi demi promosi dilakukan, perasaan gembira tidak terkira apabila melihat lebih 100 orang pelumba menyertai SNF ENDURO ini.

Special Kei

Kemunculan semula K.Logesvaran aka SingBoy menjadi tumpuan ramai pihak. Mana tidaknya dengan peraturan baru yang diperkenalkan rata – rata “berminat” mahu melihat apakah SingBoy mampu mengikut segala peraturan baru ini. Syazril Amri/Syahrizal, Mohd Rizuwan/Aspar Kusin, Mohd Henzee/Roduwan Rashid, antara peserta Special Kei. Singboy yang bergandingan bersama Hari Haran sememangnya telah dilihat tidak mampu bersaing apabila mengalami masalah gearbox namun RACING TETAP RACING!! Sebaik sahaja isyarat perlepasan dilepaskan, rata-rata begitu bernafsu meluru pantas. Jentera 35 kendalian SingBoy dan Hari Haran seperti dijangka tidak mampu meluru pantas. Syazril Amri/Syahrizal meluru pantas sedaya – upaya mahu menjarakkan diri. Cuba diekori rapat oleh Mohd Henzee/Roduwan namun masih lagi meluru pantas. Apabila Pit Window dibuka maka bermulalah siapa yang punyai strategi terbaik. Dengan syarat harus berada di dalam kawasan pit selama 3 minit sebenarnya menjerat ramai peserta pilihan! Ramai yang tidak menyedari bahawa mereka telah keluar dari kawasan paddock dibawah 3 minit dan membawa kepada DQ seperti yang dipersetujui dalam peraturan dan dipersetujui oleh pihak berkuasa selepas tamatnya perlumbaan enduro bagi Special Kei. Walaupun berat untuk mengumumkan selepas mengetahui keputusan itu selepas habis perlumbaan namun peraturan tetap peraturan. K.Logesvaran/Hari Haran yang keluar dari kawasan paddock melebihi 3 minit namun sayang kerana juga gagal menghabiskan perlumbaan.

Super 1500 NA

Kategori ber-cc-kan kecil namun jika dilihat pada skil mereka pada pusingan terdahulu amat-amat mengkagumkan. Sheikh Muzambique/Hasrin Tahrir merupakan satu gandingan yang mantap. Kemunculan jentera baru seperti Perodua Myvi dan Honda Jazz menambahkan lagi kemeriahan kategori ini. Manveen yang memandu Perodua Myvi bergandingan dengan Mr.Kontroversi Kesavamoorthy. Nazrul Hakim yang memandu Honda Jazz bergandingan dengan salah seorang peserta SNF Touge, Shamir Aizan dari ProDrag Motorsports. Sebaik sahaja isyarat perlepasan diberikan mereka meluru pantas. Khairi/Ahmad Firdaus yang memandu Proton Satria DRX Machines 4G91 meluru pantas dengan kepantasan luarbiasa. Mengekori dari belakang gandingan Muzambique/Hasrin Tahrir. Persaingan sihat antara Manveen/Kesavamoorthy dan Nazrul Hakim/Shamir Aizan menjadi perhatian namun secara perlahan-lahan jarak antara mereka berdua semakin ketara. Sebaik sahaja isyarat pertukaran pemandu diberi, sekali lagi ramai terpedaya dengan stopwatch masing-masing. Ramai diantara mereka telah keluar dari kawasan paddock bawah dari 3 minit dan ini menyebabkan mereka dikenakan penalti (rujuk peraturan enduro). Khairi/Ahmad Firdaus yang berjaya keluar dari kawasan paddock atas 3 minit tidak mengalami masalah untuk menduduki tempat pertama tanpa sebarang masalah. Tamat Enduro bagi kategori Super 1500 NA dimana Khairi/Ahmad Firdaus memenangi tempat pertama diikuti Sheikh Muzambique/Hasrin Tahir tempat kedua, Manveen/Kesamoorthy tempat ketiga, Nazrul Hakim/Shamir Aizan tempat keempat dan kelima milik Muhammad Khairul Nizam/Muhammad Attaq.

Proton 1800 NA

Kategori yang menyaksikan pertempuran monster-monster 4G93 dan Campro. Agak mengejutkan apabila jagoan-jagoan yang hebat di trek lagenda Batu 3 dan zaman Proton Championship muncul kembali dengan gandingan yang mantap. Ramesh Subramaniam yang bergandingan dengan Eelavenathan A/L Anamalai manakala Sutan Mustafa Salihin bergandingan dengan Johan Haron. Zuhaidi Ishak menjadi tumpuan untuk ditumbangkan telah memilih Ching Kiat Wai sebagai gandingannya. Fazril Ahmad yang bersaing hebat dengan Zuhaidi juga tampil dengan bekas juara keseluruhan pada tahun 2012 iaitu Mohd Noor Fairuz dalam misi kemenangan bagi pusingan ini.

Sebaik sahaja isyarat perlepasan diberikan, Johan Haron/Sutan Mustafa telah meluru pantas kehadapan. Zuhaidi/Ching Kiat Wai dari Z Garage juga memburu pantas dari belakang. Fazril/Fairuz dari GOMS AutoServices juga hebat memberi saingan. Halim Jamaludin/Abdul Farid dari Ultra Autosports juga hebat. Jentera Campro, Megat Shazreal/Tunku Mu’tasim Tunku Daud dari MatSpeed tenang sahaja. Ifwat/Najiy dari DNT sedaya-upaya mengejar kepantasan jentera 4G93. Dengan penyertaan sebanyak 12 jentera masih terlalu awal memberikan kata putus siapa yang champion. Sayang buat gandingan Halim/Farid dari Ultra Autosports apabila terpaksa berhenti awal apabila mengalami masalah mekanikal. Perlumbaan diteruskan. Sebaik sahaja isyarat pertukaran pelumba dinyalakan nah disinilah sekali lagi ramai terpedaya dengan stopwatch masing-masing apabila keluar di bawah masa 3 minit. Gandingan Johan Haron/Sutan Mustafa dari Infinity Speedworks memenangi pusingan kali ini diikuti gandingan Fazril Ahmad/Mohd Noor Fairuz dari GOMS Autoservices. Gandingan dari DNT iaitu Ifwat/Najiy juga mengejutkan apabila menduduki tempat ke-3!! Roakhir Abdul Malik/Mohd Khairul Anuar dari Infinity Speedworks tempat ke-4 dan Megat Shazreal/Tunku Mu’tasim yang tenang-tenang sahaja berjaya menduduki tempat ke-5.

Honda 1800 NA

KK Soh yang benar-benar mahu memastikan kejuaraan 2014 menjadi milik beliau telah memilih teman baiknya dan juga peserta yang digeruni dan dihormati ramai orang..Boy Wong!! Hasrul Rizat/Asrul Nizam dari AHS Racing yang dilihat mampu mencabar KK Soh juga turut serta. Winson Tan dari JDM Racing juga memilih Philip Tang bekas juara 2013 dalam kategori VTEC. Afiq Affi dari Revolution Autoworks memilih Mohd Fahmi Awang sebagai gandingannya! Muka baru Ooi Cheng Lee/Heah Choong dari JDM Racing juga turut mencuba nasib. Lampu hijau dinyalakan, gandingan KK Soh/Boy Wong meluru pantas untuk memastikan keadaan sangat-sangat selesa. Winson Tan/Philip Tang pada permulaan agak garang namun terpaksa berhenti awal akibat masalah mekanikal yang dihadapi. Tinggal hanyalah gandingan Afiq dan Mohd Fahmi. Namun masih lagi sangat sukar untuk mengejar kepantasan gandingan mantap Type R Racing Team ini. Tamat perlumbaan, Kk Soh/Boy Wong unggul berada di hadapan diikuti Afiq/Fahmi dan Ooi Cheng Lee/Heah Choong.

Street Tuned

Unbeatable!!

Gan Kim Koa masih lagi watak utama yang menjadi sasaran utama! Persiapan rapi oleh beliau sememangnya diketahui ramai pihak dan ini menimbulkan kegerunan dan semangat yang membara dari kebanyakkan peserta. Sebaik sahaja lampu hijau dinyalakan gandingan Gan Kim Koa/Lai Chee Kwin meluru pantas. Namun agak mengejutkan jika selama ini jentera Mitsubishi Mirage CJ4A gandingan Ahmad Nazri/Mohd Yuszaidi hanya mampu berada dibelakang sudah mula menunjukkan taring apabila berjaya memberi tekanan tertinggi buat gandingan JDM Racing ini. Lap demi lap dilalui termasuklah isyarat pertukaran pemandu dinyalakan. Phagvinder Singh/Ahmad Fauzi dari ProDrag Motorsports yang dikatakan mampu memberi saingan gagal menamatkan perlumbaan apabila dihujung perlumbaan terpaksa berhenti kerana mengalami masalah mekanikal walaupun sudah berada di tempat kedua! Tamat perlumbaan enduro bagi kategori ini. Tempat pertama masih lagi Gan Kim Koa/Lai Chee Kwin dan amat mengejutkan jentera 130whp berada di tempat kedua dibawah kendalian Adian Yein/Aliff Hamdan!! Tempat ketiga jentera Toyota dari JMS Tuner kendalian Hazlami/Muslim.

RaceCars

Class 1, ketiadaan Keifli Othman dalam persaingan ini mungkin sedikit mengecewakan kerana umum diketahui musuh ketat beliau Boy Wong sudah pasti akan menang mudah. Boy Wong yang bergandingan dengan Akina Teo dicabar oleh Faizalhassim/Najiy Ayyad, Vincent Chen/Cy Ong dan ramai lagi termasuk Faidzil Alang/Razin Ali. Hebat-hebat yang bertanding dalam kategori ini. Namun ternyata Boy Wong/Akina Teo hebat dihadapan walaupun diekori rapat oleh gandingan Vincent Chen/Cy Ong. Faizalhassim/Najiy Ayyad juga terpaksa berhempas pulas untuk mengejar dua buah kereta yang pantas ini! Tamat perlumbaan, Boy Wong/Akina Teo menduduki tempat pertama diikuti Vincent Chen/Cy Ong dan Faizalhassim/Najiy Ayyad.

Class 2, 2 orang peserta SNF Touge telah pun terjebak dalam perlumbaan hebat ini iaitu Mohamad Azman (Red Baron) dan Mitch Chong (welcome to SNF Racing bro). Ahmad Firdaus yang berganding dengan Philip Tang semakin menjarakkan kedudukan apabila memenangi tempat pertama dalam kategori apabila berjaya menumpaskan musuh ketatnya KK Soh yang bergandingan dengan seorang pelumba hebat Harry Chai! Walaupun gandingan KK Soh/Harry Chai cuba memberikan saingan hebat namun gagal menghalang kemaraan Ahmad Firdaus/Philip Tang. Agak mengejutkan ramai pihak, jentera Nissan 2 pusingan tidak muncul akhirnya muncul sebanyak 2 buah. Sharulnizam yang berganding dengan Steven Lai telah menduduki tempat ke-3 walaupun diserang dengan hebat oleh jentera-jentera VTEC!!! Nyata kombo antara mereka berdua menjadi!! Tahniah!

Tamat sudah SNF Pusingan Ke-3 ini. Kita bakal berehat panjang. Pusingan ke-4 bakal berlangsung pada 23-Ogos-2014 di South Track!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree