Click for Moto Regulations

SNF RACING NATIONAL SERIES 2015 : PERATURAN DAN KATEGORI


Seperti biasa, SNF akan terus memperkenalkan atau memperbaharui beberapa ruang yang dirasakan kurang sesuai. Kali ini akan berlaku beberapa perubahan dalam beberapa kategori.

Perubahan terbesar untuk SNF 2015 adalah berkaitan dengan perlumbaan dan kategori.

Kategori SNF RACING NATIONAL SERIES 2015 :
– Proton 1800 NA
– Super 1500 NA
– Special Kei
– Street Tuned
– Race Cars Open Class
– Race Cars 1800 Class
– Race Cars 1600 Class

Sila Klik Link Yang Disediakan Untuk Maklumat Yang Lebih Terperinci :

Click to view Regulations

Click to go to CARS regulations

Click to view Regulations

Click for MOTO regulations

Click to download Entry Form

Click to download Entry Form

KESELAMATAN

Untuk SNF 2015, keperluan keselamatan adalah sepadan dengan acara perlumbaan peringkat Kebangsaan:
– Elektrik cut-off suis diperlukan, dengan tuil luar tambahan.
– Rollcages mesti minimum 6 points. Bagi street-tune car mereka boleh memakai Rollcags jenis bolt on juga, untuk kategori Race Cars harus mengikut spesifikasi FIA.
– Untuk semua kategori, permaidani tidak lagi wajib kerana ia mendatangkan bahaya kebakaran.
– Fuel surge tanks dibenarkan untuk kereta Street, bagaimanapun peralatan seperti tangki, pam, dan garis-garis bahan api mestilah mengikut spesifikasi FIA; .Dinding sekat tahan api (fireproof) atau perlindungan diperlukan keatas pam bahan api ini.

TAYAR

Achilles Radial akan terus menjadi Tayar Rasmi SNF pada tahun 2015, dengan saiz 165/60/14, 165/50/15, 195/50/15 dan 235/45/17. Full-slicks boleh didapati dalam saiz 19/57/15 dan 24/61/17.

KATEGORI – KATEGORI SNF 2015

SNF MotoSATU & MotoDUA – DIBATALKAN 30 Apr 2015
Tiada perubahan kepada 2 kategori motosikal iaitu:
– SNF MotoSATU adalah untuk motorsikal 2-lejang sehingga 150cc hingga 200cc atau motosikal 4-lejang 200c hingga ke 300cc
– SNF MotoDUA adalah untuk motorsikal 2-lejang sehingga 150cc atau motosikal 4-lejang sehingga 200cc

Special Kei.
Tiada perubahan, peraturan sama sahaja seperti SNF 2014:
Special Kei – Front/Mid/Rear Engine, FWD/RWD /4WD.
Enjin turbocharged terhad kepada 660cc, bagi bernadikan N/A maksimum CC adalah 1000cc.
Dimensi kei-kereta menepati asal pengeluaran Jepun dimensi kei-car: Max Panjang: 3.4m. Max lebar: 1.48m.
Wide-body tidak dibenarkan, lebar maksimum wheel-arch 2.0 inci di bahagian hadapan, 1 inci di belakang. Tayar tidak boleh menonjol di luar badan kereta.
Absorber haruslah mengikut laluan asal.
Enjin kod blok mesti dapat dilihat dan boleh diperiksa oleh penganjur pada semasa acara tersebut.
Tayar terhad kepada lebar dan diameter saiz maksimum: 165 / 55-14, 165 / 50-15, dan 185 / 60-13.

Sub-kategori Street Kei
Special Kei – Front/Mid/Rear Engine, FWD/RWD /4WD.
Enjin yang bernadikan Forced Induction terhad hingga ke 713cc.
Manakala enjin bernadikan Naturally Aspirated terhad hingga ke 1300cc.
Dimensi kei-kereta menepati asal pengeluaran Jepun dimensi kei-car: Max Panjang: 3.4m. Max lebar: 1.48m.
Wheel-arch dan widebody tidak dibenarkan.

(Sila rujuk Technical Regulations 2015 untuk perkara-perkara yang lebih terperinci)

Super 1500 NA
Sama seperti peraturan SNF 2014 :
Front/Mid/Rear Engine, FWD/RWD /4WD kereta dibawah 1500cc. (Lotus Elise/Exige/ Ariel Atom/KTM X-Bow/Radical tidak dibenarkan). Tiada enjin Rotary. Hanya untuk kereta bernadikan N/A..
– Proton 4G15, NA Myvi, Kelisa, Jazz, Civic 1.5, Swift 1.5, Vios, dan sebagainya.

Sub-kategori SAGA 1500 NA

Terhad kepada Proton Saga keluaran tahun 1984 hingga 2007.
Maksimum CC ada 1500cc sahaja.
Penggunaan gearbox bebas kecuali tidak dibenarkan Straight-Cut dan Dogbox.

(Sila rujuk Technical Regulations 2015 untuk perkara-perkara yang lebih terperinci)

Proton 1800 NA
Sama seperti SNF 2014:
Kereta jenama Proton dan enjin keluaran kilang Proton sahaja, maksimum cc 1899. Hanya naturally-aspirated enjin sahaja. MIVEC TIDAK DIBENARKAN
– Enjin Campro SP4H juga bersaing dalam kategori ini.
– Proton Gen2 yang bakal menggunakan enjin 4G93P juga dibenarkan.

Street Tuned Limited
Berlaku sedikit perubahan untuk membenarkan enjin VTEC dan sedikit penerangan terperinci berkenaan enjin turbo :
Front/Mid/Rear Engine, FWD/RWD /4WD cars, kereta salun sahaja. Senarai-senarai kapasiti dan enjin yang dibenarkan :
– Forced Induction maksimum CC adalah 1600cc hanyalah untuk enjin yang bukan Variable Valve. Ini menunjukkan sebarang enjin Variable Valve tidak dibenarkan untuk Forced Induction. Tetapi untuk penggunaan turbo akan dihadkan kepada :
i) Hanya turbo TD04 sahaja yang dibenarkan.
ii) Jika ada yang menggunakan selain dari TD04 maka pihak penganjur akan memeriksa untuk memastikan saiz turbo tersebut sama dengan TD04 dan mempunyai saiz inlet 46mm sahaja.
– Enjin Naturally aspirated pula adalah :
o 4-valve and 5-valve per cylinder maksimum CC 1900cc,
o 2-valve and 3-valve per cylinder maksimum CC 2500cc,
o Mazda rotary – maksimum CC1308cc (maksimum 2 rotor sahaja) peripheral port not permitted,
o Honda B-series (non-vtec dan vtec) maksimum CC hanyalah 1700. Mengambil kira kekuatan enjin Honda maka maksimum saiz piston dan strok adalah 83mm x 77mm. Melebihi dari saiz yang dibenarkan bererti melebihi 1700cc dan ianya tidak dibenarkan.
o Enjin Variable Valve Timing yang lain dibenarkan untuk maksimum 1900cc adalah MIVEC, VVTI, VANOS, dan sebagainya.
o Disel turbo maksimum 2000cc.
o Hybrid: hanya kereta OEM yang mempunyai sistem hybrid OEM sahaja yang dibenarkan. Saiz enjin terhad ke 1900cc.

Street 1600 Limited

Kategori ini akan menjadi sub-kategori bagi Street Tuned. Beberapa peraturan telah ditetapkan :
i) hanya untuk enjin yang bersifat Naturally Aspirated sahaja.
ii) Honda B-Series dan Rotary tidak dibenarkan.
iii) Enjin variable valve dibenarkan kecuali Vtec.
iv) Syarat minimum bagi membolehkan kategori ini wujud harus mempunyai penyertaan sebanyak 6 buah kereta.

Race Cars Open, 1800, dan 1600
Berlaku sedikit perubahan dalam kategori Open Class:
Kereta yang mengikut ciri-ciri spesifikasi FIA. Kereta salun, minimum produksi 2500 unit setiap tahun. Supercars tidak dibenarkan. Street Car juga tidak dibenarkan.
Terdapat 3 sub kategori :
o ‘Open Class’ atas 1900cc maksima 3500cc;
o ‘1800 Class’ 1900cc dan bawah;
o ‘1600 Class’ terhad ke kereta yang diperbuat dari tahun 2006 keatas, kapasiti 1600cc ke-bawah;
Diingatkan bahawa kategori Race Cars mematuhi peraturan FIA bagi aspek teknikal dan keselamatan. Untuk SNF Racing ini bermakna:
o enjin turbocharge dan enjin rotary didarab dengan formula penyamaan enjin 1.7 kali
o saiz enjin disel turbocharge adalah hampir sama dengan saiz enjin jenis petrol, jadi untuk SNF Racing, Race Car Open Class dibenarkan disel turbo hingga 3500cc, dan untuk Race Car 1800 Class dibenarkan disel turbo hingga 2000cc.

SuperStreet Limited
Kategori SuperStreet muncul semula. Peraturan diperketatkan untuk menghadkan perbelanjaan dan pengubahsuaian, dengan keputusan yang mudah bahawa penyertaan adalah dibenarkan atas dasar kes demi kes. Garis panduan teknikal termasuk:
o kereta Saloon sahaja; Supercars tidak dibenarkan; Sportscars atas dasar kes demi kes apabila ada permohonan.
o enjin VTEC terhad kepada 2-liter kapasiti enjin dan K-Series sahaja
o enjin turbocharged terhad kepada turbochargers stok dan 2-liter kapasiti enjin sahaja. TD05 Sahaja!
o semua peraturan lain seperti kategori Street.
o tayar saiz 195/50-15 dan juga 235/45/17 dibenarkan
– Kenderaan yang dibenarkan termasuk (sebagai contoh) Honda FD2R, DC5R, EK9 dengan K20 atau; Lancer Evo, Subaru WRX dan STI; Nissan Silvia, VW Golf dan Scirocco, Renault Megane; Altezzas dengan 1JZ, Cefiro dengan RB25.
– Apa yang tidak dibenarkan (sebagai contoh) adalah Honda enjin K-siri dengan peningkatan kapasiti (k24 keatas), Lancer Evos dan Subaru WRXs dengan super-Duper turbo, apa-apa dengan RB26DETT, dengan 2JZ.

BAYARAN PENDAFTARAN/KEMASUKAN SNF 2015

Kereta
– RM 400 + RM 100 yuran sewa transponder + RM 100.00 deposit transponder.
Moto
– RM 150 + RM 100 yuran sewa transponder + RM 100.00 deposit transponder.

Pendaftaran dibuka sebulan sebelum tarikh perlumbaan dan akan ditutup 3 hari sebelum hari perlumbaan (HARI RABU). Hari Khamis dan Jumaat akan dikira sebagai kemasukan lambat dan akan dikenakan denda RM 200.00 kepada kereta dan RM100.00 kepada motorsikal.

Semua bayaran pendaftaran termasuk cukai GST 6%.
(Nombor pendaftaran cukai GST 307060736)

Kalendar SNF 2015
• Round 1 – 7th February 2015 (Sepang South Circuit)
• Round 2 – 11th April 2015 (Sepang South Circuit)
• Round 3 – 16th May 2015 (Enduro, Sepang North Circuit)
• Round 4 – 13th June 2015 (Sepang North Circuit)
• Round 5 – 19th September 2015 (Sepang South Circuit)
• Round 6 – 31st October 2015 (Sepang North Circuit)

Kami sangat berharap dengan penambahan aktiviti dari sudut hadiah akan menambahkan semangat dan keseronokan SNF RACING. Malah kami sangat berharap agar dengan cara ini dapat menarik MEDIA TEMPATAN untuk membuat liputan tanpa mengira apa jenis jentera yang anda pandu dan tunggangi dan sudah pasti menunjukkan apa itu REAL RACING!!

One comment on “SNF RACING NATIONAL SERIES 2015 : PERATURAN DAN KATEGORI

  1. Dear Sirs/Madam,
    Hope you are doing fine.
    Our company Longtime Racewears is the manufacturers and exports of the items below and highly interested in supplying you the
    same SFI rated protective clothing and gears of your interest.

    DRIVING RACING SUITS SINGLE AND MULTI LAYERS, RACING TOW PIECE SUITS SINGLE AND MULTI LAYERS,
    CUSTOM MADE TEAM SUIT AVAILABLE IN SAID RATING.
    RACE NOMEX SHOES
    RACE NOMEX GLOVES
    RACE NOMEX BALACALAVA
    RACE NOMEX UNDER GARMENTS
    MECHANIC CREW SUITS
    TEAM WEARS
    GOKARTING RACE WEARS
    We are the best source for the Best Quality with competitive prices Never compromising on service and quality, the company has successfully achieved an incredible position in the business from the last 20 blooming years. The company undertakes stringent quality control measures ensuring supreme product quality with scheduled delivery of orders.
    “If you wish us to produce your own models on exclusive basis please feel free to send your design information or samples for our immediate attention.”
    Thank you very much in advance and looking forward to hearing from you soon.
    Cheers,
    Mir Anjum Hussain
    Proprietor
    M/S Longtime Race Wears
    P.O. Kotli Behram 51330
    Ihata Dhol Singh
    Sialkot Pakistan.
    Tel: 0092 52 4290211
    Fax: 0092 52 4290395
    Mobile: 0092 333 8611 859
    longtime@skt.comsats.net.pk
    =======================

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree