super1500

SNFR 2015.1 : SUPER 1500 NA – SIAPA DAPAT TEMPAT PERTAMA?

Kategori ini juga menghimpunkan pelbagai jenama kereta yang bersaing. Honda Jazz, Proton Satria, Mazda Familia, Proton Saga dan dari perkhabaran yang tidak rasmi Toyota Vios juga bakal beraksi.

Jika dilihat trend pertempuran 4 pusingan terdahulu pada tahun 2014, kami menjangkakan pertempuran sengit akan berlaku. Watak – watak seperti Nazrul Hakim/Shamir (Honda Jazz), Khairi (Proton Satria), Khairul Nizam/Attaq (Proton Saga), Mohd Faizal (Mazda Familia) dan ramai lagi seringkali memberikan aksi yang menarik. Trend yang dimaksudkan adalah seringkali berlaku perubahan kedudukan dari sudut podium.

Apakah Khairi mampu bertahan?

Apakah Khairi mampu bertahan?

Pusingan terdahulu Khairi terlampau pantas untuk dipintas. Namun tidak mustahil Nazrul/Shamir untuk memintas yang dikatakan mampu memberi saingan pada tahun 2015. 2 pusingan terakhir dapat dilihat bagaimana gandingan ini memberikan saingan. Persoalannya siapakah yang mampu menduduki tempat pertama. Menduduki tempat pertama akan memberikan satu suntikan semangat untuk melangkah lebih jauh dalam pusingan mendatang ini. Jangan dipandang ringan gandingan Khairul Nizam/Attaq ini, 4G15 yang boleh dikatakan antara Saga yang melalui ekstrem modifikasi!! Dari perkhabaran baru yang kami terima jaguh Street Tuned juga bakal beraksi di dalam kategori ini..siapa? Tunggu!!

2015, persediaan enjin yang lebih rapi, semangat baru untuk menumbangkan “musuh”, dan mahu membuktikan bengkel mana yang mampu menyediakan sebuah jentera perlumbaan yang hebat.

Siapa menduduki tempat pertama? Wajib datang pada 7-Feb-2015 di Litar Antarabangsa Sepang Selatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree