DSC07119

SNFR PROFILE : SERIOUS BUSINESS FOR KEI!!

Dalam perlumbaan litar atau door-to-door racing segala aspek harus dititik-beratkan. Persediaan yang rapi akan menjadi salah satu kunci kejayaan. Selain daripada kuasa kuda yang tinggi menjadi salah satu senjata utama, perkara yang lain juga harus diambil kira. Salah satu jentera yang bagi SNF sangat pantas yang tidak bersesuaian dengan CC ada. Perempuan dan lelaki (ladies and gentlemen hahaha direct translation namanya)..jentera “perang” Syazril Amri dari Nusa Indah!!

DSC07155
Nice, clean (also the workshop thumbs up for Nusa Indah), but so damn fierce!!

DSC07183
Menggunakan enjin JB DET 660cc. Jika dahulu banyak R&D dilakukan terhadap enjin tapi ikut kata empunya jentera ini Syazril Amri enjin JB DET ini ada hadnya. Tidak guna ubahsuai hingga mendapat kuasakuda tinggi tapi tak dapat habiskan perlumbaan. “Kita mungkin laju satu dua lap tapi sayang tak dapat habis perlumbaan, ini track racing bukan laluan lurus,” ada benar kata Syazril Amri.

DSC07130
Turbo yang digunakan adalah CT9 dari keluaran Toyota. Anggaran kuasakuda yang dihasilkan adalah didalam anggaran 135whp.

DSC07128
Tidak menggunakan suspension yang mahal-mahal, tapi kerana memahami apakah maksud handling/kawalan bagi kesesuaian beliau. Ikut kata Syazril Amri suspension dari jenama Hotbits sudah lebih 10 tahun digunakan. Masih cemerlang untuk memastikan kawalan hebat dan mantap!! Anti-Roll Bar belakang pula digunakan standard stok dari kilang.

DSC07132
Sistem brek juga adalah dari keluaran kilang. “Horsepower rendah bro, pakai standard sudah!” Untuk mengelak kurangnya hentakan yang berlebihan dibahagian hadapan, anti-roll bar keluaran Ultra Racing diguna-pakai. Untuk mengukuhkan chasis bahagian hadapan bar untuk di kawasan fender hadapan dipasang.

DSC07149
Kekemasan kereta ini mungkin ramai tertanya-tanya bukankah Special Kei ini sepatutnya mempunyai hiasan dalaman (interior). Special Kei tergolong dalam Competition Car yakni sama sahaja dengan RaceCars Class 2 dan Class 1. Monster Kei ini turut dilengkapi dengan stereng Sparco, boost meter dari jenama Sard. Bagi pelumba kental ini merupakan pejabat mereka yang kedua!!

Walaupun kereta ini tidaklah menghasilkan kuasakuda yang mega, namun catatan masa yang diperolehi sangat pantas!! 1m19s merupakan catatan masa yang pantas. Lebih pantas dari sesetengah jentera Proton 1800 NA, Street Tuned dan RaceCars Class 2. Apa rahsianya? Aerodinamic!!

DSC07146
Ini dinamakan seni dalam dunia perlumbaan. Menyedari kekurangan dari sudut kuasakuda dan untuk memastikan jentera ini bergerak dengan lebih pantas teknologi F1 digunapakai. Mesti ramai tertanya-tanya apakah alat ini, ini yang dinamakan F-Duct. Apa itu F-Duct? Sila tanya Professor Google!! Nak bagitahu dalam ini boleh jadi novel review ini haha!!

P_20150122_160718
Untuk memastikan jentera hebat ini mempunyai cengkaman yang kuat (traction) dan mengurangkan oversteer yang berlebihan, GT-Wing ini telah ditempah khas mengikut spesifikasi oleh tuan punya jentera hebat ini!!

Jentera hebat ini sememangnya wajar diberi penghormatan tertinggi. Seni, rapi, kemas, dan bijak!! Kami sebagai penganjur yang melihat secara teliti jentera hebat ini sangat kagum. Kiranya dalam SNF inilah jentera kedua yang menitik-beratkan aerodinamic yang efisyen. Kepantasan jentera ini yang dibantu dengan efisyennya sistem aerodinamic telah menyebabkan ianya begitu pantas!!

DSC07121
Seorang pendekar yang terbilang akan mempunyai banyak parut melambangkan betapa kerapnya dia berada di medan perang. Jentera lumba yang terbilang akan mempunyai parut serpihan batu – batu kecil di bonet hadapan dan bumper hadapan melambangkan betapa kerapnya ianya bertempur merebut tempat pertama!!

Model Kereta Perodua Kancil
Modifikasi Enjin JB DET 660cc, Turbo CT9 Toyota, Aluminium Radiator, Intercooler Custom Made, Unichip Management, Intake Manifold Custom Made
Transmisi JB DET OEM berserta LSD
Chasis/Handling Hot Bits Suspension, Roll Cage Custom Made, Ultra Racing Anti-Roll Bar Front, Standard Anti-Roll Rear, Fender Bar 3 points
Wheel/Tyres Enkei 13″, Tayar Toyo R888
Interior Seat – Bride, Stereng – Sparco, Boost Meter – Sard, Water Temp – Apexi
Exterior Custom Made GT-Wing oleh SRM
Best Timing 1:19:864

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree