DSC07073

SNFR PROFIL : SIMPLE BUT FAST – STREET TUNED

Dalam dunia perlumbaan sememangnya melibatkan kos yang tinggi. Adakalanya membosankan atau melemahkan semangat bagi sesetengah mereka. Tapi berlainan dengan salah seorang peserta SNF Racing ini. Beliau masih sedaya-upaya merendahkan kos untuk terus memberikan saingan hebat dalam kategori yang boleh dikatakan antara terpanas dalam SNF Racing iaitu Street Tuned!!

DSC07003
Menggunakan enjin Mivec yang telah dinaik taraf kepada 1.8 dengan menggunakan blok 4G93. Ikut kata Azhar Akil, “Enjin kereta ini tak hasilkan power yang tinggi tapi respon menjadi taruhan utama”. Dapat dilihat enjin kereta ini tiada yang menarik melainkan, 4 Throttle!! Lain barang yang dapat dilihat adalah cable plug NGK, hos radiator samco, aluminium radiator dan lain-lain.

DSC07006
Azhar ada mengatakan respon menjadi taruhan utama. “Saya tak mampu nak beli racing camshaft yang harga RM 3000.00 keatas, jadi mekanik saya Joe Mivec kata pakai 4 Throttle”. 4 Throttle ini diambil dari model Toyota Silvertop yang telah diubahsuai tapaknya agar sesuai dengan head Mivec. Untuk memastikan 4 Throttle ini memberikan respon yang mengikut citarasa Azhar, E-Manage menjadi alat talaan untuk memastikan 4 Throttle ini berfungsi dengan baik.

DSC07013
Untuk menambahkan lagi respon kereta lumba ini, extractor dari jenama Super Circuit diguna-pakai dengan sistem 4-2-1.

DSC07043
What a nice flow! Oh ya, saiz diameter ekzos selepas extractor ini adalah 2.3 inci hingga ke belakang untuk memastikan gas yang terhasil dikeluarkan dengan lancar.

DSC07016
Hohoho, bagi yang pernah menyertai SNF sejak dari tahun 2011 pasti ingat competition number versi tulis pakai tangan..hahaha.

DSC07060
Pejabat kedua Azhar Akil!! Clean!! Dapat dilihat RollCage dipasang dengan kemas. RollCage keluaran Safety 21 untuk memastikan keselamatan terjamin.

DSC07076
Walaupun kereta beliau ini sangat ringkas, namun kekemasan tetap dijaga antaranya hiasan dalaman. Menggunakan stereng OMP. Kerusi pula menggunakan jenama Bride. Tak racing kalau pakai tali pinggang keselamatan OEM kehkehkeh maka Sabelt menjadi pilihan.

DSC07051
Bagi memastikan tayar Achilles 123s “duduk” dengan tepat dan mantap, sport rim keluar Lenso 15inci dengan offset 38 diguna-pakai.

DSC07042
Untuk memastikan kereta “perang” ini bertindak mengikut kawalan pemandu, maka absorber HWL menjadi pilihan, “biar pakai yang nampak biasa, tapi biar ngam dengan kita,” ada benar kata-kata Azhar. Bagi memastikan kereta ini perlahan di tempat yang betul, masih lagi cuba merendahkan kos dengan hanya menggunakan brek 1.6 single pot sahaja dan brek pad jenama Rapid Stop 800c.

DSC07062
Man who built this machine…

Hasil daripada jentera perang yang sangat kurang barang prestasi hanya ada 4 Throttle catatan masa di Litar Selatan Sepang adalah 1m18:433 saat. Pantas!! Jika jentera ini dinaiktaraf tidak mustahil catatan masa yang lebih pantas dapat dicatitkan. Ermmm mungkin Azhar Akil sendiri sangat skil!!

Model Kereta Proton Satria
Enjin dan Modifikasi Mivec 1.8, 4 throttle Toyota Silvertop, E-Manage, Extractor Super Circuit 4-2-1, Standard Camshaft Mivec, Aluminium Radiator, Cam Pulley Works, Piston 82mm, Standard Conrod, Cable Plug NGK, Spark Plug NGK BKR6E, Ignition Coil Standard, Fuel Regulator SARD, Samco Hose, Fuel Pump Denso
Transmission Gearbox Mivec dengan standard ratio dan final drive 4.58. Klac Custom Infinity Speed
Chasis/Handling Ultra Racing Fender Bar, Roll Cage Safety 21, Absorber HWL Hi-Lo Soft Hard, Spring Rate 8kg Front, 6kg Rear, Strut Bar Front & Rear Ultra Racing, Absorber Top Mounting JASMA
Wheel/Tyres Lenso 15inci 38 offset dan 7jj, Rapid Stop Brek Pad 800c dan Brek 1.6 Single Port
Interior Stereng OMP, Oil Press Meter APEXi, Seats Bride, Safety Harness Sabelt, Fire Extinguisher
Exterior Bumper hadapan Proton Putra, Spoiler GTi
Best Timing South Track Sepang 1:18:433s

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree