111_1012

SNF PROFIL : 61 RED BLOOD – MOTODUA

111_1012
Antara muka baru yang sangat menyengat. Pada pusingan lalu ramalan jentera 61 ini akan berentap sakan dengan jentera bernombor 10 sememangnya dinantikan. Mesti ramai tertanya-tanya khas peminat motorsikal apakah rahsia disebalik kepantasan jentera bernombor 61 ini!! Gua kasi sama lu…61 dari REDSPEED!!

DSC07567
Ehh, kata moto 61 dari Redspeed? Yup, inilah yang menarik mengenai motorsikal ini. Malam race, siang tukar bodyparts terus pergi jalan-jalan ke SOGO haha. Menarik! Ini boleh menafikan mitos bahawa motorsikal perlumbaan tak boleh bawa ke jalanan. Tapi dah tau moto spek racing jangan lah merembat kat depan polis!

DSC07574
Proses menukar bodyparts motorsikal ini bermula dan anda dapat melihat struktur yang kita kenali sewaktu 61 RedBlood ini beraksi mula kelihatan.

DSC07581
Tadaaa…inilah rupa sebenar 61 RedBlood ini. Jentera yang semakin mendapat perhatian dikalangan peminat motorsikal. Wohooo!! Orait jom kita korek rahsia jentera pantas ini!!

DSC07570
Dari pemantauan kami, kebanyakkan motorsikal yang bertanding dalam SNF tidak menggunakan speedometer. Kebanyakkannya menggunakan RPM meter. Tidak ketinggalan bagi jentera 61 ini. meter RPM jenama KOSO telah diguna-pakai.

DSC07609
Yang ni rare!! Mungkin tidak rare bagi para pelumba yang tegar. Alat ini dinamakan Fast Throttle keluaran Uma Racing. Tujuan penggunaan alat ini supaya rider tidak memulas throttle dengan jarak yang sangat jauh. Senang cerita pergi ke motorsikal anda dan pulas throttle sekarang, pasti banyak pergerakkan pergelangan tangan anda dengan memakai alat ini hanya sedikit sahaja pergerakkan pergelangan tangan anda dan ini sangat membantu dalam perlumbaan!

DSC07600
Yang ini pula Handle Damper keluaran Racing Boy. Tujuan penggunaan alat ini untuk memastikan handle ketika dipusing ke kiri atau kanan tidak terlampau ringan. Tapi semuanya bergantung kepada keselesaan rider. Bagi Muhammad AlHakim, beliau memilih untuk memberatkan sedikit pergerakkan handle supaya dapat memberikan respon yang dikehendaki.

DSC07602
Kalau bagi kereta untuk mengurangkan pergerakan kecil absorber ketika brek, mengambil selekoh dengan pantas sudah pasti beberapa batang besi atau bar akan dipasang. Tak kurang bagi motorsikal, jentera 61 ini telah memasang fork stabilizier dari keluaran Racing Boy untuk memastikan apabila brek mengejut dan membelok dengan pantas pergerakan fork dapat dikurangkan.

suspension
Bagi sistem suspensi, jentera 61 ini menggunakan OEM Suspension tapi sudah pasti dengan melakukan sedikit pengubahsuaian iaitu dengan menukar minyak asal kepada minyak suspensi yang menjurus kepada perlumbaan. Ikut kata “Chip” Mekanik Redspeed merangkap tuan punya bengkel Ah Boy, suspensi ini diubah karektornya agar apabila rider brek dengan hardcore dan apabila suspensi mula menurun tidak terus melonjak naik senang cerita rebound untuk suspensi diubah.

DSC07579
Mana-mana perlumbaan sistem brek merupakan salah satu senjata utama untuk memintas lawan mereka sebelum mengambil selekoh. Bagi jentera 61 ini, mereka menggunakan brek disk dari keluaran Racing Boy yang berukuran 330mm!!! Ingat kereta je ada twin pot? Redspeed telah menggunakan OEM Yamaha LC ES dan diacukan dengan brek pad jenama Faito.

DSC07582
Motorsikal ini telah diubahsuai untuk memastikan ianya bergerak pantas. Forged Piston jenama KFW bersaizkan 63mm telah dimasukkan untuk menghasilkan kuasakuda 29whp dan torque 25nm. Bukan itu sahaja, bengkel Redspeed telah menggunakan camshaft custom-made keluaran mereka sendiri. Menariknya lagi berkenaan motorsikal hasil Redspeed ini gear-ratio juga hasil daripada keluaran mereka sendiri!! Gempak!! Manakala karburator mereka menggunakan jenama Uma Racing saiz 28mm. Bagi sistem ekzos mereka menggunakan jenama AHM M2 Carbon Fibre.

DSC07585
Ekzos AHM M2 Carbon Fibre datang satu set. Muffler Carbon Fibre keluar AHM memang hensem dan sudah pasti menghasilkan bunyi yang sangat wohoo!! best!

DSC07586
Menarik bagi motorsikal selain dari enjin yang power, gear ratio yang mantap, sprocket juga memainkan peranan yang sangat penting. Bagi sprocket belakang mereka menggunakan jenama SSS yang bersaizkan 42.

DSC07589
Bagi sprocket depan masih lagi menggunakan jenama SSS yang bersaizkan 14. Bagi rantai motorsikal pula mereka menggunakan jenama SSS tapi dengan keluaran khas yang hanya boleh didapatkan dari RKM.

Untitled-1
REDSPEED RACING TEAM!! Man behind this machine orang panggil Aboy (yang duduk atas motorsikal).

Done!! Review motorsikal yang julung kalinya kami adakan. Soalan yang timbul, apakah Redspeed akan menghantar jenteranya ke MOTO STREET RACE pada 22.3.2015 ini? Jawapannya…OHH YEAH!!!

Details
Model Of Vehicle Yamaha LC 135
ENGINE Piston saiz 63mm jenama KFW, Karburator saiz 28mm jenama Uma Racing, Custom-Made Camshaft by REDSPEED, AHM M2 Carbon Fibre Exhaust System, Silicone Radiator Host jenama Uma Racing
Transmission Custom Made gear ratio by REDSPEED
Wheels & Tyres Sport Rim Racing Boy, Front Tyre Battlax BT39 90/80. Rear Tyre Dunlop KR410 170, Brake System OEM Twin Pot dan Brek Pad Faito
Handling & Chasis OEM Suspension – Custom Made Rebound by REDSPEED, Front Stabilizer Racing Boy, Handle Damper jenama Racing Boy
Best Timing South Track 2015 1m21:395s

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree