111_0546

SNFR 2015.1 : FEVER IS BACK

Tamat sudah SNF Racing National Series pusingan pertama. Dengan jumlah penyertaan 111 pelumba kereta dan 13 pelumba motorsikal menyebabkan pusingan pertama paling meriah sepanjang SNF bernaung di bawah AAM dan bukan setakat itu sahaja, jumlah para hadirin yang mencecah hampir 3000 juga menyebabkan atmosfera SNF Racing juga menjadi bertambah=tambah meriah.

SNF MOTO

111_0875
Kemunculan semula Kanafi dan Imran sememangnya dinantikan. Juara tahun lalu Mohd Edzwan dalam misi mempertahankan kejuaraan mengalami tugas sukar apabila dua gergasi ini muncul. Heat 1 persaingan antara Kanafi dan Imran menarik. Namun Kanafi berjaya menamatkan tempat pertama diikuti oleh Imran. Menjelang heat 2, malang menimpa Kanafi apabila gagal menamatkan perlumbaan dan peluang ini membolehkan Imran menduduki tempat pertama diikuti Mohd Edzwan dan Mohd Fauzi.

111_0958
Bagi kategori motoDUA, kehadiran 2 orang pelumba dari PJohn sememangnya dinantikan. Mohamad Alhakim dari Redzspeed antara peserta pilihan juga menyertai pusingan pertama ini. Heat 1 pertama menyaksikan bagaimana Alhakim dan Amir Zafry bersaing dengan begitu hebat. Kedudukan ini kekal iaitu Alhakim di tempat pertama dan Amir Zafry menduduki tempat kedua. Heat 2, sekali lagi mereka berdua bersaing namun sayangnya Amir Zafry seperti hilang kawalan terus tercicir ke posisi keempat dan ini membolehkan Muhammad Alhakim dari Redzspeed berjaya menduduki tempat pertama diikuti oleh Mohd Fazreel dan Muhamad Anuar Mohd Arof dari MUS GRP Promax.

SNF CARS

111_0126
Kategori untuk Kei-Car telah dikembangkan kepada dua kategori. Kategori utama digelar sebagai Special Kei. Antara pelumba yang dinantikan adalah K.Logesvaran dan Syazril Amri yang semenjak tahun lepas menjanjikan aksi menarik. Malang buat Syazril Amri yang gagal berlumba akibat mengalami masalah dengan keretanya. Persaingan diteruskan pertembungan antara K.Logesvaran dengan Zahid Latiff. Menjelang heat 2 persaingan mereka berdua semakin hebat namun sayang apabila Zahid Latiff terlibat dengan kemalangan dan K.Logesvaran juga gagal mengawal dengan baik keretanya sekaligus membuatkan beliau menduduki tempat ketiga, dan ini membolehkan T.Francis Xavier dari Francis Motor mengungguli tempat pertama diikuti Ezamin Ezham di tempat yang kedua.

Bagi subkategori Kei-Street yang baru diadakan tempat pertama diduduki oleh Muhammad Azizi, tempat kedua Mohamed Hafez dan tempat ketiga milik Mohd Afiq.

111_0176
Subkategori bagi Super 1500 NA adalah Saga 1500 NA. Subkategori ini dibuka bagi memenuhi permintaan ramai sejak tahun 2013. Bersifat kos rendah ternyata kategori ini mendapat penyertaan yang ramai. Siapa sangka dalam ketika heat 1 mereka berdua ini hanyalah berada dikelompok belakang namun menjelang heat yang kedua mereka berjaya menduduki tempat pertama dan ketiga. Mereka adalah Leona Chin dan Akina Teo. Sayang buat Joshua Thiran dan Dhayalan/Alif Hamdan kerana mereka berdua terlibat dalam kemalangan. Walaupun begitu, Joshua Thiran berjaya mendapat pulang trofi.

111_0376
Kategori Street Tuned juga mengalami perubahan ketara apabila wujud subkategori yang dinamakan Street 1600 NA. Malah Street Tuned juga telah menghadkan jumlah sesaran enjin bagi Honda supaya persaingan lebih kompetitif. Siapa sangka walaupun hanya menggunakan enjin yang mempunyai kapasiti 1700cc sahaja masih mampu memenangi mereka adalah Gan Kim Koa/Philip Tang di tempat pertama dan KKSoh di tempat kedua. Kedua-dua kereta Honda ini mempunyai CC yang sama.

111_0526
Subkategori Street 1600 NA pula menyaksikan ianya dikuasai oleh kereta – kereta berjenama Toyota dan menerima sebanyak 10 buah kereta dari pelbagai jenama. Ternyata tempat pertama dimenangi oleh Mohd Hazlami/Muslim yang menggunakan Toyota SEG. Pertempuran merebut tempat kedua sangat menarik apabila Shahrul Hisham yang menggunakan Toyota AE86 bersaing hebat dengan Faiz Sulaiman/Fadhlan yang menggunakan Toyota AE80. Sayang buat Shahrul Hisham yang sepatutnya selesa di tempat kedua apabila terbabas di Turn 9, “saya mengalami masalah gear, jadi sewaktu nak ambil selekoh Turn 9 saya tak dapat turunkan gear ke gear 2 dan terpaksa mengawal kereta agar tidak terbabas dengan lebih jauh.” Jadi peluang ini digunakan sebaik mungkin oleh Faiz Sulaiman/Fadhlan untuk memintas sekali gus menduduki tempat kedua.

111_0563
RaceCars Class 2 menyaksikan jumlah penyertaan teramai iaitu sebanyak 14 buah kereta. KKSoh menjadi tumpuan utama bagi kategori ini. Dengan menggunakan Honda Civic EK9 ternyata beliau sangat pantas. Namun pada penghujung persaingan heat yang kedua beliau mula menerima tekanan dari Ahmad Fauzi dari Evotec Prodrag yang turut menggunakan Honda Civic EK9. Tinggal lagi 2 lap, Ahmad Fauzi dapat memintas KKSoh di selekoh 9 dan sekaligus menjarakkan diri sejauh mungkin. Tempat ketiga menjadi milik Ahmad Fahmi yang turut juga menggunakan model Honda Civic EK9 namun terpaksa berhempas-pulas bersaing begitu hebat dengan Winston Tan yang menggunakan Honda Civic EG6 dari JDM Racing.

111_0542
RaceCars Class 1 sememangnya menjadi tumpuan ramai pihak. Nama – nama besar seperti Keifli Othman, Faizalhassim, Zahir Baharudin sememangnya dinantikan. Heat 1 dapat disaksikan bagaimana Keifli Othman dari Fast Autoworks yang menggunakan Honda Civic EG6 K20, berjaya menamatkan heat 1 dengan begitu bergaya sekali. Namun sayang pada heat 2 apabila kereta Honda Civic kendalian mengalami masalah sensor dan memaksa beliau gagal menamatkan perlumbaan. Menarik sekali apabila gandingan muda Ifwat/Najiy Ayyad bersaing begitu hebat dan sengit dengan Faizalhassim. Kedua-dua mereka menggunakan Honda Civic EK9 K24. Mereka bersaing begitu hebat namun pada penghujungnya Najiy/Ifwat memenangi tempat pertama, tempat kedua Faizalhassim dan ketiga M.Arif Abdullah/Zam Azran.

KEPUTUSAN PENUH : SILA KLIK DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree