111_0434

SNFR PROFIL : 101 GANGSTA : SUB-STREET 1600 NA

Sewaktu subkategori ini mahu diwujudkan kami sebagai penganjur amat risau akan jumlah penyertaan yang bakal dijelmalkan pada tiba masanya. Amat mengejutkan penyertaan 10 buah kereta yang bernadikan 1600cc telah menyebabkan kategori ini sangat menarik dan menakjubkan.

Kali ini kita akan membuat review antara kereta yang sangat gangsta. Sebab? Kereta ini pernah dengan beraninya berentap dengan kereta-kereta 1900cc di dalam kategori panas iaitu Street Tuned dan menduduki tempat ke-4 secara keseluruhan pada tahun lepas!! Bila kategori baru ini diwujudkan, dengan mudah menduduki tempat pertama..jommm..toyota SEG 101 GANGSTA from WAKOS GARAGE!!

DSC07427
Toyota Corolla SEG 101 ini telah menggunakan enjin 4AGE 20v dan sudah pasti berserta 4 Throttle untuk persaingan di dalam kategori ini. Untuk memastikan enjin lebih berkuasa sedikit daripada stok dari kilang, TODA Camshaft 272degree lengkap dengan valve spring dari keluaran TODA digunapakai. Ikut kata tuan punya kereta dan mekanik bagi kereta ini, untuk memerah kuasa yang tersembunyi HALTECH Sprint 500 dipasang dan ditala sebaik mungkin agar enjin ini lebih respon dan mendapat sedikit kuasa.

DSC07437
Apa yang menarik perhatian kereta ini selain daripada enjin 4 Throttle 20valve, ada beberapa barangan yang sangat rare dan susah untuk didapati dipasaran. Antaranya ialah kotak angin atau airbox dari jenama ARC.

DSC07443
Antara peralatan asas untuk menala atau tune enjin kereta anda, fuel regulator antara peralatan wajib untuk memastikan tekanan atau pressure petrol sentiasa dalam tekanan yang tidak berubah dan mengikut citarasa Tuner. Menurut kata mekanik Wakos Garage, fuel regulator ini pun antara barangan rare. Zaman Keiichi Tsuchiya masih pakai cermin mata seluar atas pusat haha (yang ni gua tambah), fuel regulator jenama TRD.

DSC07429
Untuk memerah lagi kuasakuda yang tersembunyi walaupun mungkin sedikit sahaja kuasa yang diperah, tapi 1hp tetap penting. Orang yang bukan mekanik ataupun tuner sahaja yang mengatakan tidak penting. Nak beli ignition coil on plug yang berjenama sudah pasti melibatkan kos yang tinggi, maka COP dari keluaran Honda K20 digunapakai.

DSC07432\
Untuk membolehkan Coil Ignition jenis dan keluaran Honda digunakan, kereta ini menggunakan distributor custom-made dari R.N.R. Keluaran mana? Buatan Malaysia dan beliaulah bertanggungjawap menala atau tune kereta ini. Beliau adalah Rahmat Nik!

DSC07435
Bagi memastikan enjin ini tidak mengalami kepanasan melampau ketika sedang beraksi dengan ekstrem di setiap selekoh, Toyota ini menggunakan aluminium radiator jenama GREDDY.

DSC07366
Barangan rare yang jarang dapat dilihat adalah extractor keluaran HKS dimana sistemnya ialah 4-4-1. Selalunya kita hanya mendengar 4-1, 4-2-1 kali ini 4-4-1. Gempak!! Ikut kata mekanik dengan memakai sistem extractor sebegini menepati respon yang dikehendaki.

DSC07362
Untuk memastikan gas-gas yang terbakar dikeluarkan dengan cepat dan efisyen, saiz ekzos berukuran 2.5 inci dipasang.

DSC07397
Ini perlumbaan trek, sudah pasti mempunyai sistem brek yang bagus dapat menjadikan ianya salah satu senjata utama untuk memintas pihak musuh di selekoh. Maka sistem brek dari Toyota Caldina ST215 2 Pot diguna. Malah brek pad keluaran Project Mu 400c dipakai.

DSC07400
Kalau kereta tak cukup berkuasa di laluan lurus, maka untuk memintas pihak lawan wajiblah di selekoh. Sistem brek dah dinaik-taraf maka untuk memastikan kereta ini mempunyai kawalan yang mantap dan tidak membuatkan kereta ini terbabas ketika menyerang selekoh dengan pantas, full adjustable suspension short stroke keluaran TRD dipasang.

DSC07448
Bagi pelumba kereta, inilah pejabat mereka. Tiada pen, tapi ada gear knob, tiada monitor komputer, yang ada meter-meter di dashboard, tiada tetikus (mouse) tapi yang ada stereng. Kemas dan rapi!!

DSC07461
Tachometer keluaran DEFI telah dipasang dan diletakkan di posisi betul-betul di hadapan pemandu. Kemas bro!!

DSC07446
Nak masuk SNF Racing wajib kena pasang roll-cage untuk tujuan keselamatan (roll-cage ini penting tak kiralah door-to-door atau tidak). Namun bagi Hazlami dan Muslim, mereka sedar kegunaan roll-cage bukan semata-mata untuk tujuan keselamatan sahaja tapi untuk pengukuhan chasis. Dalam perlumbaan trek chasis yang kukuh dapat menjamin kepantasan sesebuah kereta apabila menyerang selekoh dengan pantas. Maka roll-cage yang sangat rare dari keluaran Safety 21 dipasang. Kenapa rare? Perhatikan besi yang berwarna kuning, adjustable roll-cage MOTHERF*CKER!!! Ikut kata mereka, roll-cage ini boleh ditarik besinya hingga ke tahap maksimum.

DSC07469
Bagi bahagian dalaman, kerusi full-bucket di bahagian pemandu mereka menggunakan jenama Recaro berserta safety-belt jenama Schroth. Bagi belah penumpang hadapan, full-bucket jenama Bride dan safety-belt jenama Sabelt diguna-pakai.

Untitled-1
Man who built this gangsta machine..MUSLIM of WAKOS GARAGE!!

SNF mengucapkan selamat maju buat mereka, kerana cabaran pada pusingan kedua sudah pasti lebih sengit kerana mereka merupakan lawan yang menjadi perhatian dan wajib ditumbangkan!!
DSC07414


Details
Model Of Vehicle Toyota Corolla SEG 101
ENGINE 4AGE 20valve 4 Throttle, TODA Camshaft 272deg comewith TODA Valve Spring, Standalone Haltech Sprint 500, Coil On Plug Honda K20a, Fuel Tank ATL, ARC Airbox, HKS Extractor 4-4-1, Aluminium Radiator GREDDY, Fuel Regulator TRD
Transmission Standard Gear Ratio 4AGE 20v, Cusco Full Lock LSD, Clutch TRD
Wheel & Tyres Front Brake Toyota Caldina 2 Pot ST215, Project Mu 400c, Achilles 123s, Sportrim OZ Superleggera 35 offset 7jj,
Handling/Chasis Rollcage Safety 21, Pillowball Cusco, Fully Adjustable TRD Short Stroke, Front Anti-roll bar 4AGE 25mm, Rear Anti-Roll Bar Levin 18mm
Interior Full-bucket Recaro & Bride, Tachometer Defi, Shadow meter for watertemp, oil pressure & oil temp, gear linkage short shift TRD, Steering Momo, Safety Belt Schroth & Sabelt
Exterior Spoiler TOMS, bodykit dari Toyota Corolla SEG 94 Spec
Best Timing South Track 1m21.201saat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree