elite

SNFMSR 2015.1 : STANDBY FOR NEW RACING STYLE

elite
Salam sejahtera,

Setelah hampir setahun berbincang, mendapatkan maklumat dari para pelumba motorsikal yang lain, berbincang untuk menghasilkan kategori – kategori yang akan dipertandingkan dan akhirnya wujudlah SNF Moto Street Race…wohooo!!!

Konsep baru yang senang cerita racing sampai puas tapi pemenang ada. Konsep liga sampailah kalah mati. Dengan hanya harga RM150.00 para pelumba motorsikal yang bakal menjadi pemenang bakal mendapat hadiah yang sangat-sangat menarik!

Pusingan pertama ini akan kita jalan di Litar Karting PLUS Speedway Elite, USJ. Bagi memudahkan para peserta memahami konsep perlumbaan konsep baru ini maka litar ini menjadi pilihan sebelum kita melangkah ke jalanan.

syam
Pertemuan dengan Encik Syam pengurus operasi litar tersebut juga telah diadakan untuk memastikan acara yang buat pertama kalinya diadakan berjalan lancar.

layout
Perbincangan untuk memastikan acara ini berjalan lancar. Tinggal 26 hari sahaja lagi tapi kami mahu memastikan anda berpuas hati maka persiapan rapi sedang rancak. Dengan pengalaman menganjurkan SNF Racing buat motorsikal kami terjemahkan kepada MOTO STREET RACE.

Kita akan kupas lagi Moto Street Race ini dengan lebih mendalam dalam artikel-artikel yang lain.

Apa pun :

SAVE THE DATE 22-Mac-2015 di Litar Karting PLUS Speedway USJ…wohooo!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree