SNFMSR 2015.1 : HYRAX OIL MSR 135

Wohooo,

Orait kita kembali lagi untuk SNF MOTO STREET RACE!! Baik, ramai tertanya-tanya apakah kategori yang dipertandingkan. Walaupun peraturan dan kategori sudah dikeluarkan tapi macam biasa soalan-soalan ini akan muncul. Tak mengapa kami akan huraikan dengan lebih lanjut. Kita mulakan dengan HYRAX OIL MOTO STREET RACE 135!!

Kategori ini khas buat motorsikal 4-lejang yang mempunyai kapasiti enjin dari 120cc kepada 135cc. Antara motorsikal yang boleh menyertai kategori ini dan sememangnya dijangka muncul ialah :

Sumber : modenas webiste

Sumber : website modenas


1) Modenas 120
2) Yamaha LC 135
3) Suzuki FX 125
4) Honda Wave 125
5) Suzuki Shogun 125

Ini antara motorsikal underbone atau bahasa pasarnya KapChai yang dibenarkan bertanding. Kami menjangkakan kategori ini pasti menarik kerana inilah motorsikal – motorsikal yang paling ramai penggunanya di jalanraya, di litar dan yang meluncur laju bagaikan Superman (hehe).

Yang mana keluaran motorsikal 120, 125cc anda boleh naikkan kapasiti anda maksimum 135cc. TAPI AWAS!! Jangan lebih, nescaya anda semua akan menyesal kemudian hari jikalau anda didapati CURI AYAM.

Ini peraturan bagi enjin :

6.2 – MSR 135
• Head: Bebas
• Blok: Bebas
• Piston: Bebas tapi wajib mematuhi limit CC 135
• Camshaft: Bebas
• Crankshaft/Con-Rod: Bebas tapi tidak boleh melebihi CC 135
• Carburetor /EFI Throttle Saiz: 28mm

Jadi buat rider-rider yang menggunakan model-model ini. Persiapkan jentera anda. Ayuh bertanding dalam MOTO STREET RACE pada 22-Mac-2015.

Untuk urusan pendaftaran sila ke :

PJohn Motor
012-3024246

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree