111_1897

Hyrax SNF Moto Street Race Rnd 1 : Sejarah Tercipta

Zaidy-Mohd-Zaifazal-of-W7D-Motor-won-the-MSR-150-category-in-style

Sejarah telah tercipta apabila perlumbaan motorsikal KapChai 4-Lejang yang berformatkan konsep liga hingga pusingan menentukan pemenang telah dijalankan dengan jayanya di Litar PLUS Speedway, USJ. Penyertaan pelumba-pelumba profesional negara juga turut meghangatkan lagi perlumbaan ini. Antaranya Mohamad Kanafi, Mohd Rizal, Zaidy, Muhammad Zulhilmi, Md Muzakkir dan ramai lagi sememangnya menjanjikan aksi yang menarik.

Mohd-Kanafi-won-the-MSR-135-category-for-team-MK-Possum

MSR 135
Sayang buat Mohd Rizal dari PMP Motorsports apabila terpaksa berpuas hati di tempat kedua walaupun dari saringan pertama hingga saringan yang keempat beliau mendahului dalam keadaan yang sangat selesa. “Saya terpaksa memperlahankan rentak saya apabila kaki saya mengalami kekejangan selepas berlumba tanpa henti dengan konsep baru ini sememangnya mencabar mental dan fizikal!” Mohamad Kanafi daripada MK Possum yang sememangnya memburu Mohd Rizal menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk memintas Mohd Rizal dan sekaligus menjadi juara bagi kategori ini.

Fighting-for-position-was-the-order-of-the-day

MSR 150
Zaidy bin Mohd Zaifazal dari W7D telah mengungguli tempat pertama tanpa mengalami apa-apa masalah. Gabungan skil dan kepantasan jenteranya telah memudahkan misi beliau untuk menduduki tempat pertama dengan jarak yang sangat-sangat selesa. Perebutan tempat kedua dan ketiga sangat menarik apabila Muhammad Zulhilmi dari Mr.Cycle Racing Team telah bersaing hebat dengan Muhammad Alhakim dari Redspeed WF Racing Team, Mazlan Mustapa dan Aian Bin Muhammad Nasir. Perebutan mereka sangat menarik hingga hampir saja bersentuhan tayar antara mereka tapi dengan skil yang tinggi mereka berjaya mengawal motorsikal mereka. Tamat persaingan pusingan penentu, tempat kedua dimenangi oleh Muhammad Zulhilmi dan ketiga Muhammad AlHakim.

Mohd-Muzakkir's-fast-and-flamboyant-style-won-him-many-supporters-from-the-crowd

MSR OPEN
Md Muzakkir mencuri tumpuan apabila bangkit semula setelah terbabas ketika heat 3 sedang berlangsung. Namun dengan kepantasan kru-kru PMP Motorsports membaiki semula motorsikal tersebut, beliau bangkit semula untuk memastikan kemenangan tempat pertama menjadi milik beliau! Tempat seterusnya dimenangi oleh Muhamad Saifudin dari Raden Boy yang datang dari Melaka.

Racing-like-this-all-day-kept-the-crowd-on-their-feet

KEPUTUSAN – SEMUA KATEGORI

MSR 135
1st Mohamad Kanafi bin Kamarudin, MK Possum
2nd Mohamad Rizal bin Johari, PMP Motorsports
3rd Mohd Azizi Jamaludin, MK Possum

MSR 150
1st Zaidy bin Mohd Zaifazal, W7D Motor
2nd Muhammad Zulhilmi bin Yazid, Mr. Cycle Racing Team
3rd Muhammad AlHakim bin Adnan, Redspeed WF Racing Team

MSR Open
1st Mohd Muzakir bin Mohd, PMP Motorsports
2nd Muhamad Saifudin Bin Azahar, Raden Boy
DNF Muhammad Hafizudin, Raden Boy

111_1897

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree