111_0059

SNFR 2015.2 : EL CLASSICO – MOTODUA

Helo-helo, perlumbaan trek paling hot dan mencabar kembali semula. Siapa yang tidak datang menyaksikan pusingan pertama pasti sangat rugi. Persaingan sesama peserta sangat menarik dan mencemaskan.

Baik tanpa buang masa, kita lihat kategori MOTODUA. Inilah pertempuran yang sememangnya kami nantikan. World Class!! Side by side, hampir saja bersentuhan sesama sendiri, namun dengan skil mereka yang sangat superb boleh dikatakan tiada aksi pelanggaran secara fizikal sesama mereka.

111_0958
Mereka dimaksudkan Amir Zafry dari Pjohn dan Muhammad AlHakim aka Redblood dari Redspeed Motorsports. Persaingan perebutan tempat pertama menjadi satu pertempuran yang sangat klasik. Mereka telah membuatkan para penonton yang menyaksikan perlumbaan itu di Turn 9 bersorak kerana cubaan memintas antara satu sama lain sangat-sangat mengancam..senang cerita buat telor senak kalau kita tengok haha. Namun sayang buat Amir Zafry yang mengalami masalah brek belakang telah terbabas di Turn 11. Tapi kami yakin, Amir Zafry dari Pjohn Motor akan bangkit dengan lebih “garang” dan percayalah catatan masa baharu bakal dicatatkan pada pusingan kedua ini. Amir telah mencatatkan masa 1m21.128s dan Muhammad Alhakim telah mencatatkan masa 1m21.395. Apakah catatan masa 1m20s bakal terjadi?

Will See!! Save the date yall..11.April.2015 di Litar Selatan Sepang!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree