111_0164

SNFR 2015.2 : KEI CAR READY FOR BATTLE!!

111_0164
Bermula dari hujung bulan Mac lagi para peserta Special Kei dan sub kategori Kei Street telah mula membuat persediaan rapi. Fighter-fighter Kei Car memang tahun ini persiapan mereka lain macam!!

Gambar – gambar ini hasil dari whatsapp dan Facebook masing-masing. Jadi tidak timbul isu kisah palsu hahaha!!

zahidA
Gandingan Zahid Latif/Hairil Anuar jika diikut ketika pusingan pertama baru – baru ini boleh dikatakan tempat pertama milik mereka. Namun sayang, apabila dikatakan jentera mereka mengalami masalah brek dan terus terbabas yang mengakibatkan jentera mereka melanggar salah satu guardrail. “Kecederaan” yang dialami agak teruk. Hasil risikan dari kawan – kawan, dapat dilihat jentera mereka boleh dikatakan sudah bersiap – sedia untuk bertempur!!

keiopen
Abdullah Adil yang gagal menyerlah pada pusingan pertama tempoh hari juga sedang melakukan persiapan. Mood untuk memastikan pusingan kedua ini bebas dari masalah nampaknya sangat tinggi!!

keistreet
Afiq Zulkifli kalau ikut sejarah SNF, antara nama besar ketika tahun 2011. Tapi sebab dah berehat lama dan pertama kali menyertai sub-kategori yang baru dibuka iaitu Kei Street, agak kurang menyerlah dan katanya sedang cari setup yang tepat. Tapi tengok status Facebook macam bakal mengganas…wohooo!!

Kei Car nampak je kecik..tapi catatan masa yang diberikan dan aksi mereka sangat tiptop. Rugi kalau tak datang.

SAVE THE DATE YALL..11.4.2015 di Litar Selatan Sepang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree