111_0542

SNFR 2015.2 : RC OPEN – WORLD WAR 3!!

111_0542
Sementara tengah menunggu senarai terkini dari ejen – ejen pendaftaran kami, kami telah melihat satu senarai yang sangat – sangat menarik. Senang cerita kalau tengok senarai nama, perlumbaan bagi kategori RC Open akan menjadi pertempuran yang sangat klasik!!

Buat Keifli Othman, pusingan kali ini akan menjadi sangat – sangat mencabar. Gandingan dua beradik yang menggunakan Honda Civic EK9 K24 ini telah memberikan satu loceng amaran buat beliau. Bukti? Tengok video di bawah ini. Bukan itu sahaja, dari satu bumbung DNT, Faizalhassim yang menggunakan Honda Civic EK9 K24 juga memberi amaran bahawa beliau akan lebih garang memburu Keifli Othman.

Namun bukan itu sahaja yang harus digeruni, seperti yang telah dikhabarkan pencabar baru dalam kategori ini juga telah menghantar borang penyertaan dan telah selesai pemasangan roll-cage. Yang menariknya rata-rata seolah – olah sudah dapat menghidu milik siapakah jentera itu. Okay lah kami bagi hint lagi, pernah dipandu oleh Keifli Othman (dia ni lagi…) pada tahun 2012 dan hasilnya..wow!!

Menariknya lagi kategori ini, mereka yang pernah mencipta nama di RC 1800 mula memasuki kategori ini. Hemmm pasti menarik!!

Apa pun, sementara menunggu senarai terakhir para peserta kita bakar semangat dulu dengan menonton video dari Ifwat yang memandu Honda Civic EK9!!

SAVE THE DATE YALL..11.4.2015 di Litar Selatan Sepang!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree