faizalhassim

SNFR 2015.Enduro : RC Open – DNT Full Gas!

faizalhassim
Umum diketahui, DNT antara nama besar dalam SNF. Dari zaman mereka datang menggunakan Proton Gen2 hinggalah Honda Civic EK9 K24. Keputusan yang mereka kecapi tak perlu dipersoalkan lagi. Pada pusingan enduro tahun lalu bagi kategori RaceCars mereka hanya menduduki tempat ketiga. Kali ini mereka sekali lagi mencuba nasib bukan satu tapi dua Honda Civic EK9! Kita berjaya menghubungi Rosman Azlan aka Choman untuk mengetahui apakah persiapan beliau :

najiyifwat
Apabila ditanya apakah persediaan DNT bagi pusingan enduro tahun ini, Choman berkata, “Bagi sudut persediaan kereta, kita masih lagi mengekalkan apa yang digunapakai pada pusingan-pusingan sebelum ini.”

Choman juga mengharapkan keputusan dapat diperbaiki dari tahun lepas dimana mereka terpaksa berpuas hati di tempat ketiga. “Strategi buat masa sekarang masih lagi dalam perbincangan, tapi kami akan memberikan saingan maksimum untuk memastikan kemenangan milik DNT pada tahun ini. Kita turun dengan dua buah Honda Civic EK9 jadi kita akan berikan 100%!!”

Mampukah DNT membuat kejutan dan memperbaiki keputusan mereka pada tahun lepas. Dengan pihak lawan yang semakin lama semakin hebat mampukah mereka memenangi pusingan Enduro kali ini? Tapi pengalaman Choman sebagai antara engine builder yang terkemuka tak perlu dipersoalkan.

SAVE THE DATE 16.5.2015 di Litar Utara Antarabangsa Sepang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree