_ICE9988

SNFR 2015 : Recap – Super 1500

_ICE9988

Sempena cuti panjang yang kita lalui ini, apa kata kita melihat kembali 3 pusingan terakhir dan apakah yang dijangka terjadi.

Bagi kategori Super 1500 NA, Nazrul Hakim yang bergandingan bersama Shamir Aizan nampak gayanya bakal memenangi kategori sebagai overall Champion apabila secara hatrik telah berjaya menduduki tempat pertama. Walaupun saingan hebat diberikan oleh gandingan Aril Hamka / Asrul Ali, Faizal Osman, Mohd Khairul Nizam dan terbaru Saidatul Azhar. Namun gandingan dari Prodrag Motorsports ini mampu mengharunginya dengan berjaya sekali.

“Kita tahu pesaing-pesaing dalam kategori ini handal-handal belaka dan sangat tidak mustahil mereka mampu memintas kami. Baki lagi dua pusingan kita tengok lah macam mana, goyang pun ada ni!” Nazrul Hakim yang masih lagi menganggap perlumbaan yang berbaki dua pusingan sangat-sangat penting.

_ICE9795Bagi Mohd Khairul Nizam yang bergandingan dengan M. Attaq dari SuciMuci Motorsports yang pada mulanya bermula agak perlahan kembali menghidupkan peluang untuk menduduki tempat kedua barangkali, setelah berjaya menduduki tempat kedua ketika pusingan enduro! “Jentera kali ini boleh dikatakan tidak powerful mana, kami hanya bergantung harap racing camshaft dari MatSpeed dan ECU Master sahaja. Jika dibandingkan dengan jentera lain boleh dikatakan kami antara yang perlahan.” Gandingan SuciMuci harus menduduki tempat kedua sekurang-kurang dengan konsisten sepanjang perlumbaan berbaki dua pusingan sahaja. “Untuk merealisasikan sasaran kami, dengan power yang kurang kami akan cuba meningkatkan cornering speed dari jentera dulu (Proton Saga 2014).”

Super 1500 NA kalau diikutkan atas kertas tempat pertama mungkin agak susah dicabar melainkan ada kejutan dari pihak lawan. Tempat kedua sekarang ini menjadi rebutan sekurang-kurangnya dari 4 orang peserta!! Standby perlumbaan selepas bulan puasa dan raya ini, 19.9. 2015!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree