shazli

SNFR 2015 : Recap – SuperStreet

shazli

Kategori yang diwujudkan kepada mereka yang telah menaiktaraf turbo kepada saiz TD05, Honda Civic FD2R, FN2R, EK9, Integra DC5r. Tapi sayang enjin bernadikan K20 senyap entah dimana dan dengar perkhabaran masih mencari rollcage. Namun penyertaan dari jentera yang sangat jarang kita lihat berlumba di SNF Racing iaitu Renault Megane, Proton Wira Evo, Toyota Altezza telah muncul.

Apa pun tidak disangka-sangka walaupun dianggap tidak menggugat, Shazli Mohamed dari SP Auto Tuning dengan konsistennya, enjin Toyota Altezzanya tidak mengalami masalah, jika ikut perkiraan tidak mustahil menjadi juara bagi kategori ini. Walaupun menduduki tempat keempat berbakikan dua pusingan kali ini sekalipun juara tetap milik beliau. Tapi jika ada salah satu pusingan beliau gagal menamatkan perlumbaan, maka Johan Jassa akan berkemungkinan berjaya merampas tempat pertama ini.

111_0306Johan Jassa dari JJ Racing yang menggunakan enjin 4G63T antara peserta yang dijangka menyengat atau menjadi juara namun sayang apabila “Saya menghadapi masalah minyak (fluid), dari power stereng sampai lah ke enjin. Jadi inilah masalah apabila saya tidak konsisten dan ini membolehkan Shazli datang bungkus ikat tepi walaupun pada mula saya dah dahului perlumbaan. Kali ini kita dah upgrade apa sahaja yang sepatutnya agar kita dapat menamatkan perlumbaan itu yang paling penting sekarang ini dan tamat di kedudukan yang sangat-sangat baik.”

Soalnya mampukah Johan Jassa bangkit dengan memenangi tempat pertama pada dua pusingan akhir ini untuk memperbaiki rekodnya? Shazli Mohamed juga tidak boleh berada dalam keadaan selesa kerana jika beliau gagal menduduki sebarang podium dalam dua pusingan ini maka tidak mustahil Johan Jassa mampu merampasnya!!

SAVE THE DATE…19.9.2015 di Litar Selatan Antarabangsa Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree