111_0443

SNFR 2015.5 : #80 “WAJIB DIHADAPAN”

111_0443

Kategori Street Tuned 1600 antara kategori yang sangat sengit. Jika dilihatkan catatan masa yang dicatitkan, perbezaan tidak ketara. Hanya milisaat sahaja. Namun “pertempuran” bagi kategori ini sudah hampir ke penghujungnya. SNF Racing pusingan ke-5 dikatakan pusingan penentu segala-galanya. Gandingan Hazlami dan Muslim dari WAKOS Garage tinggal hanya selangkah sahaja lagi untuk muncul juara dengan syarat wajib menduduki top 3.

Namun pertembungan yang menarik melibatkan kereta nombor 80 dan 75. Ulul Azmi telah mengejutkan ramai pihak apabila dengan tenang tanpa ada sebarang bunyi beliau sekarang telah berada dalam kelompok top 3. Malah beliau juga tidak mustahil menduduki kedudukan tempat kedua kejuaraan jika berjaya memintas gandingan Faiz Sulaiman dan Fadhlan dari Motor Addict. Gandingan dari Motor Addict sudah pasti akan berusaha memastikan Ulul Azmi tidak memintas mereka pada pusingan kali ini, “Kami  akan membuat final checkup to make sure our stock engine boleh tahan untuk baki 2 pusingan ini. Handling setup akan dibuat balik dan we are ready to maintain for 2nd place inshaallah dan yang penting kami boleh tamatkan saingan dihadapan #75″.

Pusingan ke-5 sudah pasti menjanjikan satu perlumbaan yang sangat klasik kerana mereka yang gagal memintas lawan mereka atau gagal menamatkan perlumbaan maka peluang mereka untuk menduduki tempat kejuaraan yang lebih baik semakin tipis.

SAVE THE DATE…19 September 2015 di Litar Selatan Antarabangsa Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree