SNF_8687

SNFR 2015.GRAND FINALE : Special Kei – Siapa Juara, Adiel atau Zam?

SNF_8687

Abdullah Adiel 795, Ezamin Ezham 725 mata. Beza 70 mata sahaja. Pusingan akhir ini sudah pasti menjadi medan terakhir untuk mereka berdua menjadi juara bagi musim ke-5. Soalnya siapakah yang bakal menjadi juara?

Ezamin Ezham pada pusingan ke-5 baru-baru ini tidak berjaya sama sekali merebut sebarang mata. Pada permulaannya beliau telah bermula dengan begitu garang namun sayang tidak dapat menamatkan perlumbaan kerana terlibat dengan kemalangan di turn 12. Abdullah Adiel pula berjaya menamatkan perlumbaan walaupun pada saringan terakhir menghadapi masalah jentera namun digagahi juga untuk menamatkan perlumbaan dan menduduki tempat ke-3 sekaligus menjarakkan dari sudut pungutan mata sebanyak 70 mata berbanding Zam.

Ezamin Ezham dari sudut kekuatan jentara tidak mustahil merampas kejuaraan ini dari tangan Abdullah Adiel akan tetapi tugas beliau menjadi sangat – sangat sukar. Beliau wajib menduduki tempat pertama. Ya tidak mustahil namun beliau harus menyedari tugas itu menjadi semakin berat apabila jentera nombor 29 dari Francis Motor boleh merosakkan rencana perancangan Zam AutoGarage. Zam harus menduduki tempat pertama. Suka atau tidak inilah kedudukan yang beliau harus pegang. Tidak boleh ditempat kedua, jika tempat kedua dan Abdullah Adiel ditempat ketiga sekalipun, kejuaraan milik kekal Abdullah Adiel! Tugas besar menanti Ezamin Ezham jentera bernombor 29 ini.

Mampukah #27 berjaya? Apakah Francis Motor tidak disangka-sangka akan menjadi jentera paling penting bagi kedua-dua mereka ini? Semakin panas…save the date 31/10/2015 di Litar Selatan Antarabangsa Sepang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree