SNF_0593

SNFR 2015.GRAND FINALE : SUPERSTREET – MAMPUKAH SHAZLI BERTAHAN?

The Brutality of Johan Jazza #63

The Brutality of Johan Jassa #63

Sudah dinyatakan sebelum pusingan ke-5, kereta bernombor 11 harus menduduki podium untuk memastikan kejuaraan bagi kategori ini menjadi milik kekal beliau. Tapi sayangnya beliau gagal menduduki podium dan menduduki tempat ke-6 sahaja. Manakala pencabar terdekat beliau telah menduduki tempat pertama sekaligus merapatkan jurang. Dengan beza 5 mata sahaja, Shazli dalam keadaan sangat bahaya!

Johan Jassa kereta nombor 63 jika diikutkan prestasi pada pusingan terdahulu seakan pasti kejuaraan pasti akan menjadi milik beliau. Tidak mustahil pada pusingan terakhir ini beliau mampu menjadi juara. Maka suka atau tidak Shazli harus menduduki tempat pertama walaupun tugas itu pasti sukar kerana jika dilihat kekuatan Evo 3 milik  Johan Jassa bagaikan langit dengan bumi. Malah untuk menduduki tempat pertama juga semakin sukar apabila Amir Farhan yang sudah pasti mahu mencabar Johan Jassa juga menggunakan Mitsubishi Evo 3 yang cukup pantas!

Kejuaraan bagi kategori ini diatas kertas sudah pasti berubah pada pusingan akhir ini melainkan takdir sahaja memutuskannya. Walaupun apa pun Shazli Mohamed harus mencari jalan bagaimana mahu memastikan kejuaraan ini menjadi milik beliau walaupun dari segi kedudukan mata sangat-sangat tipis!!

Mampukah Shazli Mohamed mempertahankan kejuaraan di saat-saat akhir ini atau mungkin berpuas hati ditempat kedua sahaja?

SAVE THE DATE YALL!! 31/10/2015 di Litar Selatan Antarabangsa Sepang!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree