Nasib kejuaraan #86 dan #71 berada di dalam tangan #333

SNFR 2015.GRAND FINALE : SUPER 1500 – #333 MENJADI PENENTU KEJUARAAN

Nasib kejuaraan #86 dan #71 berada di dalam tangan #333

Nasib kejuaraan #86 dan #71 berada di dalam tangan #333

Kenapa 333? Apa kaitannya dengan kejuaraan bagi kategori ini? Sedangkan gandingan anak muda dari Pulau Pinang ini baru pusingan ke-5 sahaja menyertai SNF Racing dan dari sudut pungutan mata tidak mengganggu perjalanan mereka.

Jentera bernombor #86 tidak menyertai pusingan ke-5 ekoran menghadapi beberapa masalah dan ini telah membuka peluang jentera #71 gandingan Aril Hamka dan Asrul Ali merapati jurang mata. Maka suka atau tidak gandingan anak muda yang juga pertama kali menyertai SNF Racing iaitu Nazrul Hakimi dan Shamir Aizan ini harus sekurang-kurangnya menduduki tempat kedua sahaja. Nampak mudah namun secara tidak disangka tugas mereka menjadi semakin sukar.Gandingan anak muda dari Pulau Pinang ini yang juga pertama kali menyertai SNF Racing Tan Say Hin/William Ng pada pusingan ke-5 telah memaksa gandingan dari Waksam Garage ini memerahkan segala skil yang ada untuk menghalang #333 menumpaskan mereka pada pusingan ke-5 baru-baru ini. Jentera bernombor #71 dan #333 telah mencatatkan masa 1m24s, manakala gandingan jentera #86 ini mereka hanya mampu mencatatkan masa jika mengikut rekod lama hanya 1m25s. Tugas mereka untuk menduduki tempat kedua semakin tugas dan berat jika mereka tidak berusaha memberikan segala-galanya.

Maka kejuaraan bagi kategori ini  terletak di tangan #333. Aril Hamka/Asrul Ali pasti mengharapkan #333 menduduki tempat kedua untuk menghalang kemaraan Shamir Aizan/Nazrul Hakimi. Bagi jentera #86 mereka juga wajib menduduki tempat kedua atau mengharapkan gandingan #333 menduduki tempat pertama.

Super 1500 menjadi bertambah panas. Kejuaraan ditentukan pada pusingan terakhir. Save the date 31/10/2015 di Litar Antarabangsa Selatan Sepang!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree