7582

SNFR 2015.GRAND FINALE : #75 DALAM BAHAYA?

Mampukah #75 menahan kemaraan #82?

Mampukah #75 menahan kemaraan #82?

Debaran bagi kedudukan pertama sudah kita periksa. Special Kei dan Super 1500 NA jika ikut dari atas kertas pasti akan berlaku perubahan takhta. Tapi jangan salah sangka dengan kedudukan top 3. Tempat ketiga bagi satu dua kategori juga dijangka berubah. Terutamanya Street 1600 NA.

Setelah lama menduduki tempat ketiga, akhirnya kedudukan kereta bernombor #75 kendalian Ulul Azmi semakin goyah. Pusingan akhir ini akan menyaksikan mampukah Ulul Azmi menahan atau menghalang kemaraan kereta nombor #82 dari One Stop Garage kendalian Ahmad Sharifuddin. Ulul Azmi suka atau tidak harus memastikan #82 berada dibelakang beliau. Tugas berat buat beliau kerana dari sudut kepantasan sememangnya pusingan akhir ini akan menjadi milik Ahmad Sharifuddin kerana pada heat 1 pusingan ke-5 ternyata #82 lebih pantas.

Ahmad Sharifuddin : “Pusingan ke-5 baru – baru ini boleh dikatakan agak malang. Masalah mekanikal telah berlaku. Lampu check engine menyala dan menyebab power terus hilang. Ya, terpaksa menduduki tempat terakhir pada final heat. Kita akan perbaiki masalah tersebut dan cuba berikan segala-galanya dan kalau boleh paling rendah habiskan perlumbaan.”

Pusingan terakhir ini sudah pasti menjadi debaran paling tertinggi buat mereka berdua. Ulul Azmi terkenal dengan konsistensinya, Ahmad Sharifuddin terkenal dengan cepat menyerap apa sahaja keadaan cuaca di trek Sepang. Siapa yang mampu pulang tersenyum? Save the date 31/10/2015 di Litar Selatan Antarabangsa Sepang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree