SNF_0103

SNFR 2015.GRAND FINALE : MAMPUKAH #66 BERTAHAN?

#66 Harus Kekalkan Momentum Untuk Kekal di Tempat ke-3

#66 Harus Kekalkan Momentum Untuk Kekal di Tempat ke-3

RaceCars kelas 1800 juga menarik. Tempat ketiga bakal jadi rebutan antara kereta bernombor #66 dan juga #50 dari Faroib AutoParts kendalian Azlan Malik. Perbezaan mereka boleh dikatakan sangat tipis dan dibezakan hanya 55 mata sahaja.

Dari atas kertas ternyata Azlan Malik #50 mempunyai kelebihan sedikit kerana jentera beliau boleh dikatakan sangat pantas. Manakala Mohd Fahmi Awang  #66 juga adalah seorang peserta yang bijak mencuri peluang yang ada. Anda lalai maka beliau bakal memintas. Soal sekarang mampukah Mohd Fahmi menahan kemaraan Azlan Malik jika dilihat pada pusingan ke-5 baru-baru ini sangat laju malah berjaya menduduki tempat pertama pada heat yang pertama.

#66 suka atau tidak harus akui kemaraan #50 bakal mengganggu-gugat tempat ketiga mereka. Suka atau tidak beliau harus memastikan Azlan Malik harus berada di bawah kedudukan mereka. Pertempuran untuk merebut tempat ketiga menjadi semakin panas. Bagi kategori RaceCars sudah pasti perebutan ini akan menjadi tumpuan kerana aksi yang mereka berikan tersangat hebat dan sengit.

SAVE THE DATE 31/10/2015 untuk ibu segala pertempuran, ibu segala FINALE!! Di Litar Selatan Antarabangsa Sepang!!

 

 

2 comments on “SNFR 2015.GRAND FINALE : MAMPUKAH #66 BERTAHAN?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree