BlackJack 21, tidak boleh bersenang-lenang.

SNFR 2015.GRAND FINALE : SELAMATKAH BLACKJACK 21?

BlackJack 21, tidak boleh bersenang-lenang.

BlackJack 21, tidak boleh bersenang-lenang.

Tinggal satu pusingan sahaja lagi. Kejuaraan seolah-olah bakal menjadi milik beliau. Namun apakah BlackJack 21 berjaya bertahan? Apakah terlalu awal untuk meraikan kejuaraan bagi kategori antara yang terpanas dalam SNF Racing?

Pencabar terdekat beliau atau boleh dikatakan rival yang paling ketat iaitu Gan Kim Koa yang bergandingan dengan Philip Tang dari JDM Racing hanya menunggu peluang. Peluang iaitu jika KK Soh mengalami masalah jentera dan menduduki tempat yang tidak mendapat podium, maka kejuaraan ini bakal menjadi milik mereka. Maka suka atau tidak KK Soh harus memastikan jentera #21 harus kekal sihat dan cergas. Tidak boleh mengalami masalah kerana andai kata jenteranya mengalami masalah maka Gan Kim Koa/Philip Tang yang sememangnya menanti peluang. KK Soh juga harus tidak bersenang-lenang kerana semakin lama jentera Mivec 1900cc semakin pantas. Bukan sekadar Phagvinder Singh malah jentera bernombor 15, 20 juga sudah mula menunjukkan taring dan ada perkhabaran mereka juga berada dalam keadaan mood yang sangat tinggi. Awas, tidak mustahil dengan kekurangan jentara Vtec yang hanya 1700cc boleh tumbang ke tempat ke-6 dan sekaligus Gan Kim Koa/Philip Tang walaupun bernadikan Vtec 1700cc hanya perlu menduduki tempat kedua untuk merampas kejuaraan ini.

Mungkin mustahil tapi kekuatan jentera 1900cc walaupun kekurangan dari sudut gear ratio semakin lama semakin menampakkan kepantasan mereka. Mereka mampu menjadi penghalang kejuaraan ini menjadi milik KK Soh.

Save the date 31/10/2015 di Litar Selatan Antarabangsa Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree