SNF Racing

Antara kategori yang panas dalam SNF Racing

SNFR 2015.Grand Finale : #StreetTuned – David Vs. Goliath

Antara kategori yang panas dalam SNF Racing

Antara kategori yang panas dalam SNF Racing

Street Tuned satu kategori yang menghimpunkan para pelumba yang masih mengekalkan kereta mereka dalam keadaan street-car. Kategori ini telah mengalami beberapa evolusi hinggalah sekarang. Antara yang paling ketara adalah membenarkan enjin VTEC berentap sama tapi dengan kekuatan 1700cc sahaja (83mm x 77.4mm).

Dengan kekuatan ini mereka dalam keadaan yang tidak begitu pantas. Dengan jumlah torque yang dihasilkan rendah, mereka terpaksa berdepan dengan jentera yang dibenarkan kekuatan enjin hingga 1900cc. Terbukti apabila lampu hijau dinyalakan, mereka bermula dengan agak kebelakang sedikit dan mereka yang dibenarkan kekuatan enjin hingga 1900cc meluru pantas. Namun kekuatan utama VTEC adalah kepelbagaian gear ratio yang membuatkan mereka pantas apabila keluar dari selekoh. Ini terbukti dengan kekuatan 1700cc mereka telah berjaya menduduki tempat pertama dan kedua dalam kejuaraan 2015 buat sementara waktu ini.

Pujian harus diberikan kepada KK Soh dan Gan Kim Koa/Philip Tang. Mereka telah menyambut cabaran ini dan telah membuatkan para peserta lain dalam kategori yang menggunakan enjin maksimum 1900cc “pecah kepala”. Mana tidaknya dengan hanya menggunakan 1700cc mereka berjaya mengungguli top 2 malah mencatatkan masa 1m16s. Pusingan akhir jika mereka sekali lagi berjaya menduduki top 2 ataupun top 3, maka mereka akan dikenang sebagai hero VTEC sepanjang zaman. Berani bertempur walaupun kurang dari jumlah CC tapi mampu mengungguli top 2 ataupun top 3. Namun tugas itu pasti bukan mudah, mereka yang menggunakan enjin yang dibenarkan mencecah 1900cc sudah mula menunjukkan kesungguhan untuk memastikan dominasi mereka berdua tergugat dan berita paling panas akan ada yang menjadi pengganggu dalam perebutan ini.

Soalnya mampukah mereka? Sama-sama kita nantikan aksi pahlawan-pahlawan Street Tuned yang sememangnya dinantikan. 31/10/2015 menjadi medan tempur terakhir. Jumpa di Litar Selatan Antarabangsa Sepang!

 

More from SNF Racing

SNFR 2015.Grand Finale : Amaran Double7

Double7 mencuba buat kali terakhir!

Satu-satunya jentera Mitsubishi Evo 3 yang bertahan dan boleh dikatakan yang terpantas pada tahun 2015. Kehadiran jentera pantas ini sememangnya dinantikan oleh peminat tegar 4G63t. Mohamed Zahir Baharudin yang mengendalikan jentera #77 merupakan seorang fighter yang hebat. Pusingan terakhir ini … read more

SNFR 2015.Grand Finale : #76 King In The Making

Kebangkitan #76 - KING IN THE MAKING

Setelah mencuba beberapa kali akhirnya usaha keras beliau membuahkan hasil. Faizal Hassim tidak pernah berputus asa untuk terus mencuba menjadi juara bagi kategori RaceCars Open. Akhirnya kejuaraan ini semakin menjadi kenyataan! Faizal Hassim pada pusingan terakhir ini harus memastikan diri … read more